Dilema & Konflik BN PRU 13 Padang Terap. BN mungkin Kalah 2-1 di Padang Terap
Calon UMNO Parlimen Padang Terap.

Saya dan sekumpulan Ahli UMNO Generasi Muda adalah salah Ahli biasa UMNO bukannya seorang berjawatan dalam UMNO di Padang Terap atau di peringkat Cawangan mahupun Negeri. Berdasarkan sedikit pemerhatian & pengetahuan berkaitan suasana politik di Padang Terap ini jadi terbangkit hati ingin meluahkan sedikit perasaan dan berkongsi dengan orang ramai khususnya ahli UMNO Padang Terap & pengundi di Kawasan Padang Terap.
Bagi Parlimen Padang Terap Dato’ Seri Mahawangsa Dato Seri Diraja Mahzir bin Khalid (Tok Det) adalah Calon yang paling sesuai dan paling layak untuk kerusi tersebut. Beliau adalah seorang individu yang cukup professional dan diterima oleh generasi lama dan juga generasi baru di Padang Terap. Diharap kredibiliti Tok Det dan sokongan akar umbi mampu Merampas kembali kerusi Parlimen yang sebelum ini di sandang oleh Nasir Zakaria (PAS). Semoga Kemenangan yang bakal menjelma ini Kerajaan Barisan Nasional dapat menambahkan kerusi BN di Dewan Rakyat seterusnya memperolehi Majoriti 2/3. InsyaAllah
Jika di Imbau Keputusan PRU 12 yang lalu BN MENANG di 2 kerusi DUN (Pedu & Kuala Nerang) dan Tewas di kerusi PARLIMEN PADANG TERAP. YB Dato Paduka Haji Ghazali Bin Ibrahim (UMNO) atau lebih di kenali dengan panggilan Tok Li, tewas kepada YB Nasir Zakaria (PAS) dengan majoriti 369 undi. Kalu di ikutkan logik sepatutnya Tok Li menang di Kerusi tersebut dengan Majoriti lebih dari 3500 undi, kerana jumlah Majoriti BN di DUN PEDU & DUN KUALA NERANG ialah 3538 undi.

Calon DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
Jika dilihat UMNO Padang Terap meletakkan Muka Baru di 2 kerusi DUN iaitu Puan Kama Noriah binti Haji Ibrahim (DUN Pedu) & Haji Badrul Hisham bin Hashim (DUN Kuala Nerang). Jika dilihat Peluang kemenangan BN di 2 kerusi DUN, di mana Kawasaan DUN Pedu mempunyai peluang yang lebih besar berbanding DUN Kuala Nerang. Peluang untuk menang adalah 60/40 di DUN Pedu, manakala di DUN Kuala Nerang peluang agak tipis iaitu 50/50.

Manakala bagi DUN Kuala Nerang, Haji Badrul Hisham bin Hashim dipilih sebagai Calon bagi DUN Kuala Nerang bagi menggantikan Dato’ Syed Sobri bin Syed Hashim. Penyandang DUN Kuala Nerang Dato’ Syed Sobri menang pada PRU12 lalu dengan Majoriti 805 undi
2 calon yang diketengahkan ini adalah calon baru yang bukanlah calon Winabble Candidate seperti yang dikehendaki oleh PM Dato’ Seri Najib Tun Razak. Ramai pengundi UMNO menolak calon ini atas mungkian atas beberapa sebab peribadi dan sebagainya Antaranya sebab utama adalah diluahkan oleh kebanyakkan pengundi adalah :
1. Puan Kama Noriah ini bukanlah Calon Winable Candidate sepertimana yang diinginkan oleh PM kita, sebaliknya beliau adalah Calon CABLE CANDIDATE.
2. Pengundi UMNO di Padang Terap sudah tak mahu lagi Legasi Tok Li / Adik beradik Tok Li sebagai calon DUN ataupun untuk dijadikan jawatan UMNO Padang terap sebagai Harta Pusaka Tok Li sahaja. Mungkin sesetengah Pengundi berpendapat kita terpaksa menghapus Legasi Tok Li ini dengan cara “menendang keluar melalui tingkap” ……..
3. Masih ramai lagi orang orang lama dalam UMNO yang lebih layak tetapi tidak diberi peluang oleh individu tertentu yang berkuasa. Mereka ini ramai telah terbunuh karier politik mereka, iaitu ter”bunuh” oleh sesama rakan seperjuangan. Masalah terbunuh oleh rakan seperjuangan ini adalah isu nasional yang banyak berlaku di kebanyakan tempat.


Sebahagian penyokong Tegar Dato' Syed Sobri(DSS) yang mahu DSS di kekalkan di DUN Kuala Nerang
Banner berunsur ugutan kepada BN dipasang disekitar Pekan Kuala Nerang dipercayai digantung oleh Segelintir Pengundi BN yang mahukan DSS dikekalkan
Berdasarkan situasai semasa BN Padang Terap pada PRU13 ini mungkin tidak mampu untuk mengekalkan 2 kerusi DUN. Kemungkinan BN akan Kalah 2-1 di kawasan Padang Terap.
Rakyat Padang Terap mahukan BN merampas kembali Negeri Kedah pada PRU13 ini. Semangat ini amat berkobar-kobar dikalangan Rakyat Padang Terap khususnya dan seluruh rakyat di Negeri Kedah. Rakyat Padang Terap khususnya Pengundi BN tidak sabar untuk meraikan kemenangan BN di Kedah di bawah Menteri Besar baru yang lebih berilmu, professional, berjiwa rakyat seterusnya menerajui Negeri Kedah ke Hala Tuju yang baru. InsyaAllah
Pengundi Padang terap harus membuat pilihan tepat meskipun agak berat untuk memberi undi kepada calon bukan pilihan kita, tetapi kita harus memikirkan kepentingan PARTI bagi merampas semula Negeri Kedah dari Pemerintahan Pakatan Rakyat. Singkirkan seketika sentiment kebencian terhadap INDIVIDU tertentu buat seketika, buat pilihan tepat demi Perjuangan bagi membela Nasib Bangsa Melayu dan Kesucian Islam dan seterus membentuk sebuah Negara yang Aman Makmur. Wahai pengundi di Padang Terap keluarlah mengundi pada 5 Mei 2013 ini.
JOM UNDI BARISAN NASIONAL.
HINDARI MALAYSIA YANG KITA CINTAI INI DARI PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT IAITU PAKATAN YANG MAJORITI ORANG BUKAN ISLAM.
JOM KITA MERAMPAS SEMULA KEDAH DARI PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT, KETEPIKAN SENTIMEN "BUKAN CALON PILIHAN KITA" BUAT SEKETIKA.
BN Menang KEDAH Senang
0 comments:
Post a Comment