Powered by Blogger.

...

...

Sunday 22 September 2013

Senarai calon yang berdaftar untuk bertanding jawatan utama UMNO Pusat pada pemilihan bulan depan


PRESIDEN
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (Penyandang / Menang Tanpa bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN
Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang / Menang Tanpa bertanding)

NAIB PRESIDEN
1) Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Penyandang)
2) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)
3) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)
4) Datuk Seri Mohd Ali Rustam – Mantan Ketua Menteri Melaka
5) Tan Sri Isa Samad
6) Datuk Mukhriz Mahathir – Menteri Besar Kedah

KETUA WANITA
1) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Penyandang)
2) Raihan Sulaiman Palestin
3) Datuk Maznah Mazlan

NAIB KETUA WANITA:
1. Datuk Suraya Yaacub
2. Datuk Azizah Mohd Dun
3. Datuk Hamidah Osman

KETUA PEMUDA
1) Khairy Jamaluddin (Penyandang)
2) Razman Hakimi Abdullah
3) Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
4) Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
5) Abdul Karim Ali

NAIB KETUA PEMUDA:
1. Jamawi Jaafar
2. Lokman Noor Adam
3. Mohd Iruan Zulkefli
4. Khairul Azwan Harun

KETUA PUTERI
1) Mas Ermieyati Samsudin
2) Jamilah Hanim Othman
NAIB KETUA PUTERI:
1. Datin Norsabrina Mohd Noor
2. Zahida Zarikh Khan
3. Nazliah Ali

AHLI MAJLIS TERTINGGI
1) Datuk Seri Mustapa Mohamed
2) Datuk Seri Noh Omar
3) Datuk Seri Musa Aman
4) Datuk Azian Osman
5) Datuk Zainal Abidin Osman
6) Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed
7) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
8) Datuk Shaziman Abu Mansor
9) Dr Mohd Puad Zarkashi
10) Datuk Tajuddin Abdul Rahman
11) Datuk Idris Haron
12) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
13) Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis
14) Datuk Saifuddin Abdullah
15) Datuk Dr Norraesah Mohamad
16) Datuk Seri Mahdzir Khalid
17) Datuk Hamzah Zainudin
18) Datuk Bung Moktar Radin
19) Datuk Dr Awang Adek Hussin
20) Datuk Seri Zulhasnan Rafique
21) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
22) Datuk Seri Idris Jusoh
23) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
24) Datuk Seri Dr Rais Yatim
25) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
26) Datuk Seri Jamil Khir Baharom
27) Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin
28) Datuk Seri Mohd Ali Rustam
29) Datuk Abdul Ghani Othman
30) Tan Sri Rafidah Aziz
31) Datuk Seri Shahidan Kassim
32) Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir
33) Datuk Razali Ibrahim
34) Dr Wan Norashikin Wan Noordin
35) Datuk Hamidah Osman
36) Datuk Seri Adnan Yaakob
37) Datuk Seri Mohamad Hasan
38) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
39) Datuk Seri Dr Md Isa Sabu
40) Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah

# Pencalonan baru Majlis Tertinggi
1) Datuk Razali Ibrahim
2) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
3) Datuk Soohami Shahdan
4) Tun Faisal Ismail Aziz
5) Datuk Nur Jazlan Mohamed
6) Tan Sri Rahim Tamby Chik
7) Azlan Man

Senarai penuh calon yang akan bertanding pemilihan Umno 2013 dijangka diumum pada Rabu

Read more...

Calon-calon yang bakal mengemudi UMNO Bahagian Padang Terap


Calon-calon yang bakal mengemudi UMNO Bahagian Padang Terap

Ketua UMNO Bahagian Padang Terap 
1. Dato Seri Mahawangsa Dato’ Seri Diraja Haji Mahadzir Khalid (menang tanpa bertanding)

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap 
1. Dato Paduka Haji Ghazali Ibrahim
2. Cikgu Zuhdi

Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap 
1. Haji Badrol Hisham bin Hashim
2. Dato Syed Sobri

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Terap 
1. Ismail Ibrahim
2. Suhaimi Mmpt

Naib Ketua Pemuda UMNO Padang Terap 
1. Mohamad Nizam Wahab
2. Mohd Shuhaimi Abu

Ketua Puteri UMNO Padang Terap 
1. Suraya Md Isa
2. Zurina Zakaria

Naib Ketua Puteri UMNO Padang Terap 
1. Azlida Kirana (menang tanpa bertanding)

Ketua Wanita UMNO Padang Terap 
1. Arpah Ariffin Pdg Terap
2. Cikgu Zai

Naib Ketua Wanita UMNO Padang Terap 
1. Kama Noriah (menang tanpa bertanding)


Read more...

Calon-calon Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia


Inilah antara calon-calon Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia :

Ketua Pemuda UMNO Malaysia:
1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Penyandang)
2. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
3. Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
4. Abd. Karim Ali
5. Irwan Ambak

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia:
1. Khairul Azwan Harun
2. Jamawi Jaafar
3. Lokman Noor Adam
4. Mohamad Iruan Zulkefli


Read more...

Saturday 21 September 2013

Tun Mahathir : "Masa Depan UMNO"

MASA DEPAN UMNO (Tun Mahathir Mohamad)

(ARTIKEL IN TELAH DI SIARKAN DI DALAM AKHBAR UTUSAN MALAYSIA KELUARAN SEPTEMBER 16, 2013)


1. Saya berasa serba salah. Saya setia kepada UMNO. Saya ingin lihat UMNO terus mewakili orang Melayu, mempertahan dan memajukan mereka. Saya sedar akan hakikat bahawa UMNO mengidap sakit tua, dan ia akan maut kerana sudah tua. Ini naluri manusia. Lambat laun manusia akan menemui ajalnya.

2. Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu.

3. Saya cuba sedarkan UMNO akan usianya yang sudah lanjut. Saya menulis akan perlunya UMNO diperbaharui dengan penerimaan ahli serta kepimpinan dari generasi muda. Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya. Mungkin secara kebetulan ini akan terjadi. Tetapi jika kerana tuduhan ini saya tidak berusaha untuk kebaikan UMNO, ini bermakna saya lebih utama imej saya daripada tanggungjawab saya kepada parti. Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya Perdana Menteri. Tetapi saya tidak berbuat demikian. Pada hakikatnya, UMNO sekarang memerlukan pembaikan, dan walau apa pun tuduhan saya terpaksalah ketepikan, jika sedikit sebanyak dapat saya sumbang untuk masa depan UMNO dan orang Melayu. Saya tidak penting. UMNO dan orang Melayu tetap lebih penting daripada saya, atau anak saya.

4. Saya ulangi UMNO sedang mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut. Hanya jika UMNO diperbaharui oleh yang muda barulah UMNO dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanah kepada UMNO oleh bangsa Melayu. Ahli UMNO mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan. Demikian juga dengan kepimpinan UMNO di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam MajlisTertinggi. Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda.

5. Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas UMNO. Mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka. Dan UMNO pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu. Dan mereka pun berjaya, berjaya menewaskan Malayan Union British, memerdekakan negara dan bangsa, mengatasi segala cabaran setelah mengambilalih pemerintahan, mengisi kemerdekaan secara bermakna sehinggalah negara yang kerdil, bangsa yang terhina dahulu dikenali dunia sebagai bangsa yang berwibawa, yang mampu bersaing dan memajukan negara ini berpuluh kali lebih baik daripada penjajah. UMNO membangunkan Malaysia sehingga menjadi negara contoh yang dikagumi dunia. Berduyun-duyun orang asing datang untuk mempelajari darinya, mempelajari ilmu berkenaan pembangunan negara dan bermacam lagi.

6. Sumbangan pengasas UMNO yang muda ini terhadap bangsa, agama dan tanahair tidak dapat dinilai. Orang muda, pemimpin muda yang melakukan semua ini memang berjasa. Negara terhutang budi kepada mereka. Bangsa Melayu terhutang budi kepada mereka. Jasa mereka tetap akan dikenang selama-lamanya.

7. Tetapi mereka dan pengganti mereka sekarang sudah tua. Masa mereka sudah terlanjut. Sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati. Ramai yang membongkok disekeliling pemimpin, yang mengulangi cerita tentang keupayaan dan keberkesanan mereka sebagai pemimpin. Dan mereka pun percaya cerita pembodek ini. Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri.

8. Tetapi mereka harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka. Lambat laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin ynag sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran.

9. Untuk ini mereka sanggup buat apa sahaja. Tanpa mengambilkira kesan terhadap budaya bangsa mereka sanggup hulur wang untuk mendapat sokongan, untuk mengekal diri sebagai ahli Majlis Tertinggi atau jawatan-jawatan lain. Percayalah jika ahli memilih perasuah sebagai pemimpin, mereka akan amalkan budaya penerima rasuah semasa menjadi pemimpin. Kuasa mereka akan disalahgunakan. Kita dan bangsa kita akan rugi lebih daripada apa yang kita terima dahulu. Negara akan hancur. Maruah bangsa akan luput.

10. Malangnya ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang. Tak banyak. RM200/- pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli UMNO. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka. Hentikanlah amalan ini baik oleh yang menghulur mahupun yang menerima.

11. Kata pepatah Inggeris “Money is the root of all evil” (Duit adalah punca segala kejahatan). Duit boleh beli segala-galanya, membeli bangsa, membeli maruah, membeli masa depan, membeli agama pun.

12. Percayalah apabila pemimpin yang kita pilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa pun. Ingatlah Negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin Negara ini.

13. Kita harus akui bahawa UMNO sekarang tidak lagi dipercayai oleh ramai orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan ratusan badan bukan Kerajaan (NGO). Jika mereka mempunyai banyak pilihan, UMNO sudah kalah PRU13. Tetapi janganlah ahli UMNO, pemimpin UMNO percaya walau apa pun yang dilakukan mereka, kerana tidak ada pilihan lain maka UMNO tetap akan menang. Kalau UMNO dipimpin perasuah, parti lawan akan ternampak lebih baik.

14. Justeru itu kembalilah kepada perjuangan UMNO. Ketepikan kepentingan diri. Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua. Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan tanahair dapat diteruskan. Sesungguhnya perjuangan orang Melayu belum selesai. Janganlah anak cucu kita mengutuk kita kerana ketamakan kita memusnahkan masa depan mereka.

Read more...

Saturday 18 May 2013

Tahniah buat Dato' Seri Mahawangsa Dato Seri Diraja Haji Mahdzir bin Khalid


Selaku rakyat Padang Terap saya amat berbangga dan merakamkan ucapan tahniah buat Dato' Seri Mahawangsa Dato Seri Diraja Haji Mahdzir bin Khalid, Ahli Parlimen Padang Terap merangkap Ketua UMNO Bahagian Padang Terap di atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air. Harapan kami semoga Dato' dapat melaksanakan tanggungjawab & amanah yang diberikan sebaik mungkin.  Dan kami Rakyat Padang Terap amat mengharapkan Daerah Padang Terap dapat ditingkatkan lagi pembangunan di masa akan datang. 

Read more...

KABINET MALAYSIA 2013



PERDANA MENTERI :
Datuk Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI :
Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI :
Menteri:
(1) Datuk Seri Jamil Khir Bin Baharom (UMNO)
(2) Datuk Seri Abdul Wahid Bin Omar (Senator -Berkuat Kuasa 5 Jun 2013)
(3) Senator Datuk Seri Idris Jala (Senator)
(4) Tan Sri Joseph Kurup (PBRS)
(5) Datuk Seri Shahidan Bin Kassim (UMNO)
(6) Nancy Binti Shukri (PBB)
(7) Datuk Joseph Entulu Anak Belaun (PRS)
(8) Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
Timbalan Menteri:
(1) Datuk Razali Bin Ibrahim (UMNO)
(2) Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

MENTERI KEWANGAN :
(1) Menteri Kewangan I:
Datuk Seri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (UMNO)
(2) Menteri Kewangan II:
Datuk Seri Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah (UMNO)
Timbalan Menteri:
(3) Datuk Ahmad Bin Maslan (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGG I :
(1) Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)
(2) Menteri II: Datuk Seri Idris Bin Jusoh (UMNO)
Timbalan Menteri:
(3) Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
(4) Timbalan Menteri II: P. Kamalanathan A/L P.Panchanathan (MIC)

MENTERI PERTAHANAN :
(1) Menteri : Datuk Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Abdul Rahim Bakri (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN :
(1) Menteri : Datuk Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (UMNO) (Memangku)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Ab. Aziz Kaprawi (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI :
(1) Menteri : Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (PBB)

MENTERI KERJA RAYA :
(1) Menteri : Datuk Fadilllah Yusof (PBB)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI :
(1) Menteri : Datuk Seri Mustapa Bin Mohamed (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Hamim Bin Samuri (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI :
(1) Menteri : Datuk Seri Anifah Bin Aman (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Hamzah Bin Zainuddin (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN :
(1) Menteri : Datuk Hasan Bin Malek (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah (Senator) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA :
(1) Menteri : Datuk Seri Ahmad Shabery Bin Cheek (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Jailani Bin Johari (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA :
(1) Menteri : Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Ismail Bin Abd. Muttalib (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH :
(1) Menteri : Datuk Seri Shafie Bin Apdal (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN :
(1) Menteri : Datuk Abdul Rahman Bin Dahlan (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Halimah Binti Mohd Saddique (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN :
(1) Menteri : Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Saravanan A/L Murugan (MIC)

MENTERI KESIHATAN :
(1) Menteri : Datuk Seri Subramaniam (MIC)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Seri Hilmi Bin Yahaya (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN :
(1) Menteri : Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (UMNO)
Timbalan Menteri :
(2) Timbalan Menteri : Datuk Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI :
(1) Menteri : Datuk Seri Douglas Uggah Embas (Pbb)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Noriah Binti Kasnon (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR :
(1) Menteri : Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili (PBS)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Seri Mahawangsa Dato’ Seri Diraja Haji Mahdzir Bin Khalid (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI :
(1) Menteri : Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Tajuddin Bin Abdul Rahman (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN :
(1) Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Joseph Salang Anak Gandum (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI :
(1) Menteri : Datuk Dr. Ewon Ebin (UPKO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR :
(1) Menteri : Datuk Seri G. Palanivel (MIC)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Dr. James Dawos Mamit (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT :
(1) Menteri : Datuk Rohani Binti Abdul Karim (PBB)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Azizah Binti Mohd. Dun (UMNO)


Read more...

Friday 17 May 2013

Melayu bantu melayu : Membantu bangsa kita sendiri


Sedaya Upaya Setakat yang termampu kita lakukan. Melayu bantu melayu, melayu sokong melayu. Sentimen yang perlu ada dalam diri org melayu "membantu bangsa kita sendiri". Sekurang-kurangnya kalau orang melayu kaya dia membayar zakat, menderma untuk masjid, dan sebagainya, secara tak lansung kita sesama orang melayu islam dapat membantu bangsa dan agama kita. 


Di Kuala Nerang orang cina hanya mengharapkan pasaran dari orang melayu. Sedaya Upaya Setakat kita termampu cuba utamakan kedai orang melayu, banyak kedai melayu seperti Kedai Runcit, Kedai Pomen, Insuran, kedai hardware / pertanian, kedai pakaian, kedai jahitan, kedai kanphone / top up, cyber cafe, stesen minyak, kedai alat tulis / fotostat dan sebagainya. Kuasa di tangan kita, kita yang menentukan. 

Ayuh bangsaku bersama kita bangun membantu agama dan bangsa kita....

Read more...

Thursday 16 May 2013

Senarai Exco Kerajaan Negeri Kedah 2013

 


1. YAB Dato Paduka Haji Mukhriz Mahathir
- Menteri Besar Kedah
- Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri,Perancang Negeri,
Hal Ehwal Tanah,Sumber Bumi dan Sumber Asli.
- Pengerusi Majlis Tindakan Negeri,Kewangan dan Syarikat Milik Kerajaan Negeri.

2. YB Dato' Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail
- Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan.
- Pengerusi Perdagangan Dalam Negeri.
- Pengerusi Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi.

3. YB Dato Suraya bt Yaacob
- Pengerusi Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat.
- Pengerusi Pertanian dan Asas Tani.
- Pengerusi Pembangunan Usahawan.

4. YB Dato' Hj Tajul Urus Bin Hj Mat Zain
- Pengerusi Jawantankuasa Pendidikan.
- Pengerusi Pengangkutan dan Kerja Raya.

5. YB Hj Badrol Hisham bin Hashim
- Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan.
- Pengerusi Bekalan Air,Sumber Air dan Tenaga.
- Pengerusi Perumahan dan Pembangunan Insan.

6. YB Hj Mohd Rawi Hamid
- Pengerusi Jawatankuasa Agama,Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam.
- Pengerusi Sumber Tenaga Manusia.
- Pengerusi Pelancongan.

7. YB Datuk Mohd Tajudin Abdullah
- Pengerusi Jawatankuasa Penerangan.
- Pengerusi Pembangunan Luar Bandar.
- Pengerusi Pembasmian Kemiskinan.

8. YB Aminuddin bin Omar
- Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan.
- Pengerusi Kesenian,Kebudayaan dan Warisan.
- Pengerusi Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO).

9. YB Datin Sabrina Azizan
- Pengerusi Jawatankuasa Sains,Inovasi dan Teknologi Maklumat.
- Pengerusi Komunikasi dan Teknologi Tinggi.


Tahniah buat YB Haji Badrol Hisham bin Hashim ADUN Kuala Nerang di atas perlantikan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Kami Warga Kuala Nerang amat berbangga di atas kepercayaan Kerajaan Negeri Kedah terhadap kemampuan beliau.


Read more...

Friday 10 May 2013

Datuk Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah



Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu pada 6 Mei 2013 di Istana Anak Bukit.

Mukhriz, 49, yang merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas merdeka, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Turut hadir dua anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Hadir sama pada majlis itu adalah bapanya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Mukhriz Datin Norzieta Zakaria.


Pada PRU13 Ahad 5 Mei 2013 lalu, BN memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membentuk kerajaan. Sementara itu PAS yang sebelum ini mentadbir kerajaan negeri selepas PRU 2008 hanya berjaya memenangi Sembilan kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masing-masing memperoleh Empat dan Dua kerusi.


Bagi kerusi Parlimen, BN menang di 10 daripada 15 kerusi sementara PAS mendapat satu kerusi dan PKR mendapat empat kerusi. Pada PRU 2008.

Mukhriz menang buat kali pertama di kerusi Parlimen Jerlun dan diangkat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009.

Pada PRU13, Mukhriz memenangi kerusi DUN Ayer Hitam menewaskan Abd Ghani Ahmad daripada PAS dengan majoriti 2,446 undi.

Pada PRU12, beliau memenangi kerusi Parlimen Jerlun dan setelah Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri pada 2009, Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Read more...

Monday 6 May 2013

Kedudukan Kerusi Dewan Rakyat yang dimenangi


* Sila klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar

Read more...

Kedudukan Kerusi Dewan Undangan Negeri Yang dimenangi (Semua Negeri)




Read more...

Keputusan PRU13 Kawasan Padang Terap, Kedah


Keputusan penuh bergaya buat Barisan Nasional Padang Terap, di mana BN berjaya merampas kembali Kerusi Parlimen P007 Padang Terap dan berjaya mengekalkan 2 kerusi DUN (Pedu & Kuala Nerang).


Tahniah buat Dato' Seri Mahdzir bin Khalid kerana berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Padang Terap dari dakapan PAS. Beliau berjaya memperolehi sebanyak 20 654 undi berbanding Mohd Nasir bin Zakaria yang mendapat 16 212 undi. Majoriti sebanyak 4 442 undi.


Bagi DUN KUALA NERANG, Badrol Hisham Bin Hashim (BN) berjaya memperolehi undian sebanyak 10,363 undi dan berjaya menewaskan Syed Ibrahim Bin Syed Omar (PAS) 8,366 undi & Ahmad Bin Mad.Daud (Bebas) 235 undi. Majoriti undi sebanyak 1997 undi.


Manakala DUN PEDU, Puan Kama Noriah bt Ibrahim (BN) berjaya memperolehi undian sebanyak 10,552 undi dan berjaya menewaskan Zamri bin Yusof (PKR) yang mendapat 7562 undi.  Majoriti Undi adalah sebanyak 2960 undi.




Read more...

Friday 3 May 2013

Sumpah Laknat Saiful Bukhari di Hadapan Pintu Kaabah

Sumpah Laknat Saiful Bukhari di Hadapan Pintu Kaabah, Masjidil Haram. April 2012


Sumpah lakhnat telah di buat oleh saiful bukhari yang membuktikan bahawa beliau benar-benar diliwat oleh anwarIbrahim.

Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah

Apa yang berlaku sekarang seharusnya boleh membuka mata semua pihak untuk menilai siapakah Anwar Ibrahim.

Adakah Pemimpin seperti Anwar Ibrahim ini yang Penyokong Pakatan Rakyat teruja sangat hendak mengangkatnya jadi pemimpin?

Janganlah kita jadi bodoh dan janganlah kita diperbodohkan lagi oleh manusia kotor & sesat bernama Anwar Ibrahim ini…

Read more...

Friday 26 April 2013

Negarawan Ulung Tun Dr Mahathir bin Mohamad datang ke Kuala Nerang


Negarawan Ulung Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad hadir ke Pekan Kuala Nerang pada 25 April 2013. Beliau hadir di Majlis Bersama Negarawan Ulung, anjuran Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Padang Terap di Dataran Putra Kuala Nerang. 

Kehadiran Tun Dr Mahathir ke Pekan Kuala Nerang memberi kesan yang sangat besar kepada rakyat khususnya pengundi-pengundi di Padang Terap  terhadap PRU 13 ini. Kehadiran Tun Dr Mahathir ini ibarat memberi suntikan semangat & kekuatan kepada Jentera BN bagi menghadapi PRU13 pada 5 Mei 2013 nanti. 

Tun Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin yang hebat dan terkenal di seluruh dunia khususnya di Negara=negara Islam. Saya sebagai rakyat Malaysia amat bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan seorang pemimpin terbaik dikalangan bangsa Melayu yang beragama Islam bagi memimpin negara Malaysia ke satu tahap yang amat membanggakan.

Segala Jasa dan Sumbangan Tun Dr Mahathir amat disanjungi dan terima kasih kepa Tun kerana sudi Datng ke Pekan Kuala Nerang.


Gambar-gambar ihsan Saudara Jamal Wahab

Read more...

Thursday 25 April 2013

BIODATA CALON BN P007 PADANG TERAP : MAHDZIR BIN KHALID


YANG BERHORMAT, DATO’ SERI MAHAWANGSA, DATO’ SERI DIRAJA MAHDZIR BIN KHALID.  
SHMS,. SSDK,. DPMP,. JP,. BKM.


Umur               :    53 Tahun
Tempat Lahir  :    Kampung Atong, Mukim Jabi, Pokok Sena, Kedah
Nama Isteri    :    Ybhg. Datin Seri Noraini Binti Abdullah
Anak-Anak      :    4 Orang Anak

ANUGERAH KEBESARAN NEGERI
Februari, 2011      :    ORANG BESAR LAPAN   (DATO’ SERI MAHAWANGSA)
Julai, 2008            :    S.H.M.S – Dato’ Seri Diraja (Dato’ Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah)
Januari, 2008        :    S.S.D.K – Dato’ Seri (Seri Setia Diraja Kedah)
Januari, 2007        :    J.P – (Jaksa Pendamai)
April, 2003            :    D.P.M.P – Dato’      (Dato’ Paduka Mahkota Perak)
1996                       :    B.K.M – Bakti Khidmat Masyarakat

PENDIDIKAN
Sekolah Rendah            :    Sek. Keb. Jabi, Pokok Sena, Kedah
Sekolah Menengah       :   i) Sek. Men. Pokok Sena, Kedah
                                           ii)  Sek. Men. Dato’ Syed Omar, Alor Setar, Kedah
Pendidikan Tinggi        :    Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
                                           (B.A (Hons) Jurusan Pendidikan)

KERJAYA SEMASA

1)    Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (N.8 DUN Pedu)
2)    Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
3)    Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
4)    Pengerusi MADA Negeri Kedah Darul Aman
5)    Ketua UMNO Bahagian Padang Terap

LAIN-LAIN
1)    Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen Padang Terap
2)    Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi)
3)    Pengerusi Nadi Kawasan DUN Pedu (Kementerian Pembangunan Wanita)

PENGALAMAN KERJAYA

1984 – 1990 :
Pegawai Pendidikan

1990 – 1993 : 
Pengetua, Sek. Men. Kebangsaan Gadong, Beaufort, Sabah

1993 – 1996 :
Pegawai Khas Kepada Yab. Menteri Besar Kedah (Tan Sri Osman Aroff)

1998 – 2000 :
Pengarah Seranta, Kementerian Tanah & Pembangunan Koperasi Malaysia

2000 – 2004 : 
Setiausaha Politik Kepada YAB. Timbalan Perdana Menteri Malaysia
(YAB. Dato’ Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi)

2004 – Semasa :
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN Pedu)

2004 – 2005 : 
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
(Portfolio: Pertanian, Pembangunan Luar Bandar & Pembangunan Koperasi)

2004 – 2008 :
Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap

17.07.2005 - 27.12.2005 :
Pemangku Menteri Besar Kedah (Dato’ Seri Syed Razak Bin Syed Zain)    

28.12.2005 - 31.03.2008 :
Menteri Besar Kedah Darul Aman Yg Ke-8
(Portfolio: Kewangan, Hal Ehwal Tanah & Pertanian Dan Industri Asas Tani)

2006 – 2009 :
Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah

2006 – 2009 :
Pengerusi Keda, Kedah Darul Aman

2008 – Semasa :
 Ketua Umno Bahagian Padang Terap

2006 – Semasa :
Pengerusi Mada, Kedah Darul Aman

2008 – Semasa :   
Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia

2008 – Semasa : 
Timbalan Pengerusi Penggalakan Pelancongan Malaysia
(Kementerian Pelancongan Malaysia)

Ayuh pengundi di Padang Terap, jom kita pakat-pakat keluar menunaikan tanggungjawab anda pada 5 Mei 2013 nanti. Buat pilihan bijak, pilihlah Parti yang mampu membela Nasib Bangsa, Kesucian Islam, Kedaulatan Raja-raja Melayu & Keamanan dan Kemajuan Malaysia.

UNDILAH BARISAN NASIONAL


Read more...

Sunday 21 April 2013

Calon Yang Bertanding Pada PRU 13 PADANG TERAP

8 Calon yang bakal berentap di gelanggang pilihanraya Umum ke 13 bagi merebut 1 kerusi Parlimen & 2 kerusi DUN pada 5 Mei 2013 nanti. 


PARLIMEN PADANG TERAP
Jumlah  pengundi : 41 960
Peratusan kaum :
Melayu : 92.28%, Cina : 1.33%, India  : 0.10%, Lain-Lain : 6.29%
Penyandang 2008 : MOHD. NASIR BIN ZAKARIA (PAS) – Majoriti : 369 Undi


DUN KUALA NERANG
Jumlah  pengundi : 21, 651
Peratusan kaum :
Melayu : 96.99%, Cina : 1.82%, India  : 0.14%, Lain-Lain : 1.06%
Penyandang 2008 : SYED SOBRI BIN SYED HASHIM (BN) – Majoriti : 805 Undi


DUN PEDU
Jumlah  pengundi : 20, 309
Peratusan kaum :
Melayu : 87.27%, Cina : 0.82%, India  : 0.05%, Lain-Lain : 11.86%
Penyandang 2008 : MAHDZIR BINKHALID (BN) – Majoriti : 2733 Undi

Read more...

Saturday 20 April 2013

Keputusan Penamaan Calon PRU 13 DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH

DEWAN UNDANGAN NEGERI
KEDAH DARUL AMAN

P. 004 - LANGKAWI
    N. 01 - AYER HANGAT
MOHD RAWI BIN ABD HAMID    BN
ZUBIR BIN AHMAD    PAS

    N. 02 - KUAH 
AHMAD BIN KASIM    PKR
NOR SAIDI BIN NANYAN    BN
ZAFLEE BIN PAKWANTEH    BEBAS

P. 005 - JERLUN
    N. 03 - KOTA SIPUTEH
ABU HASAN BIN SARIF     BN
ISMAIL BIN W.TEH @ JAZIZ    PAS

    N. 04 - AYER HITAM  
ABD. GHANI BIN AHMAD    PAS
MUKHRIZ MAHATHIR    BN

P. 006 - KUBANG PASU
    N. 05 - BUKIT KAYU HITAM
AHMAD ZAINI BIN JAPAR    BN
NASRUL OMAR BIN CHE MANSOR    PKR

    N. 06 - JITRA 
AMINUDDIN BIN OMAR    BN
ROHANI BINTI ABD MUTTALIB    PAS

P. 007 - PADANG TERAP
    N. 07 - KUALA NERANG
AHMAD BIN MAD.DAUD    BEBAS
BADROL HISHAM BIN HASHIM    BN
SYED IBRAHIM BIN SYED OMAR    PAS

    N. 08 - PEDU
KAMA NORIAH BINTI IBRAHIM    BN
ZAMRI BIN YUSUF    PKR

P. 008 - POKOK SENA
    N. 09 - BUKIT LADA
AHMAD 'IZZAT BIN MOHAMAD SHAUKI    PAS
AHMAD BIN SUDIN    BN

    N. 10 - BUKIT PINANG
MOHD MUKHTAR BIN NOOR    BN
ROMANI BIN WAN SALIN    PAS

    N. 11 - DERGA 
ABDUL FISOL BIN MOHD ISA    BERJASA
CHEAH SOON HAI    BN
TAN KOK YEW    DAP

P. 009 - ALOR STAR
    N. 12 - BAKAR BATA 
AHMAD BASHAH BIN MD HANIPAH    BN
 JAWAHAR RAJA BIN ABDUL WAHID    BERSAMA
 MOHD EEKMAL BIN AHMAD     PKR

    N. 13 - KOTA DARUL AMAN   
JAYAGOPAL A/L ADAIKKALAM    BEBAS
LIEW KARD SEONG    BEBAS
LOH GIM HOOI     BN
TEOH BOON KOK @ TEOH KAI KOK    DAP

    N. 14 - ALOR MENGKUDU  
AHMAD BIN SAAD @ YAHAYA    PAS
FADZIL BIN HANAFI    BEBAS
SHARIFAH MAZNAH BT. SYED KASSIM BARAKBAH    BN

P. 010 - KUALA KEDAH
    N. 15 - ANAK BUKIT 
ABD SAMAT BIN CHE NOH    BEBAS
AMIRUDDIN BIN HAMZAH    PAS
HASHIM BIN JAHAYA    BN

    N. 16 - KUBANG ROTAN 
LATT SHARIMAN BIN ABDULLAH    BN
MOHD NASIR BIN MUSTAFA    PAS

    N. 17 - PENGKALAN KUNDOR 
NOOR HASITA BINTI MAT ISA    BN
PHAHROLRAZI BIN MOHD ZAWAWI    PAS

P. 011 - PENDANG
    N. 18 - TOKAI    
ABU BAKAR BIN ABDULLAH    BEBAS
MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL    PAS
NAJMUDDIN BIN DARUS    BN

    N. 19 - SUNGAI TIANG    
CHAREAN A/L ISEN     KITA
FADZIL BIN BAHARUM    PAS
ROSLI BIN OMAR    BEBAS
SURAYA BINTI YAACOB    BN

P. 012 - JERAI
    N. 20 - SUNGAI LIMAU 
ABDULLAH BIN HASHIM    BEBAS
AZIZAN BIN ABDUL RAZAK    PAS
MOHD FAZILLAH BIN MOHD ALI    BN
SOBRI BIN AHMAD    BEBAS

    N. 21 - GUAR CHEMPEDAK 
KU ABD RAHMAN BIN KU ISMAIL    BN
MUSODDAK BIN HJ AHMAD    PAS

    N. 22 - GURUN    
LEONG YONG KONG    BN
SALMA BINTI ISMAIL    PKR

P. 013 - SIK
    N. 23 - BELANTEK  
ABU BAKAR BAKILANI BIN ABU HASSAN    PAS
MOHD TAJUDIN BIN ABDULLAH    BN

    N. 24 - JENERI    
AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN    PAS
MAHADZIR BIN ABDUL HAMID    BN

P. 014 - MERBOK
    N. 25 - BUKIT SELAMBAU 
KAMAL NASSER BIN THOW BEEK    KITA
KRISHNAMOORTHY A/L RAJANNAIDU    PKR
MARAN A/L MUTAYA    BN
SYED OMAR BIN SYED MAHAMUD    BEBAS
THIVAGARAN A/L SUPRAMANY    BEBAS

    N. 26 - TANJONG DAWAI 
AHMAD FAKHRUDDIN BIN FAKHRURAZI     PAS
TAJUL URUS BIN MAT ZAIN    BN

P. 015 - SUNGAI PETANI
    N. 27 - PANTAI MERDEKA    
ALI BIN YAHAYA    BN
HJ ABDULLAH BIN JUSOH    PAS
MOHD YUSUF BIN LAZIM    BEBAS

    N. 28 - BAKAR ARANG 
LEE YEAN WANG    BN
ONG KAH SOON     BEBAS
OOI TZE MIN    PKR

    N. 29 - SIDAM
BEE SIEONG HENG    BN
OOI BENG KOOI    BEBAS
ROBERT LING KUI EE    PKR
TAN HOCK HUAT    BEBAS
UH CHORNG VON    KITA
ZAMIL BIN IBRAHIM    BEBAS

P. 016 - BALING
    N. 30 - BAYU 
AZMI BIN CHE HUSAIN    BN
MAHMUD BIN YAAKOB    PAS

    N. 31 - KUPANG    
HARUN BIN ABDUL AZIZ    BN
JOHARI BIN ABDULLAH    PAS

    N. 32 - KUALA KETIL 
KRISHNAN A/L GANAPATHY    KITA
MD.ZUKI BIN YUSOF    PAS
MOHD KHAIRUL AZHAR BIN ABDULLAH    BN

P. 017 - PADANG SERAI
    N. 33 - MERBAU PULAS
MARLIA BINTI ABD LATIFF    BN
SITI ASHAH BINTI GHAZALI    PAS

    N. 34 - LUNAS 
ANANTHAN A/L SOMASUNDARAM    BN
AZMAN BIN NASRUDIN    PKR
PREBAKARRAN A/L NARAYANAN NAIR    KITA
VASANTHI A/P RAMALINGAM    BEBAS

P. 018 - KULIM-BANDAR BAHARU
    N. 35 - KULIM  
CHU MAW NIAN    PKR
CHUA THIONG GEE    BN
MOHD JUNIP BIN HUZAYIN    BERJASA

    N. 36 - BANDAR BAHARU 
MOHD KHARI BIN MOHD SALLEH    PAS
NORSABRINA BINTI MOHD NOOR    BN

Read more...

Keputusan Penamaan Calon PRU 13 PARLIMEN KEDAH



 KEDAH DARUL AMAN

P. 004 - LANGKAWI
AHMAD BIN ABDULLAH  - PKR
MARINA BINTI HUSSEIN  -  BEBAS
NAWAWI BIN AHMAD  -  BN

P. 005 - JERLUN
ISMAIL BIN SALLEH  -  PAS
OTHMAN BIN AZIZ  -  BN

P. 006 - KUBANG PASU
MOHD JAMAL BIN NASIR -  PAS
MOHD JOHARI BIN BAHARUM -  BN

P. 007 - PADANG TERAP

MAHDZIR BIN KHALID - BN
MOHD NASIR BIN ZAKARIA -  PAS
MUHAMAD BAZLI BIN ABDULLAH  -  BEBAS

P. 008 - POKOK SENA
DATO' MAHFUZ BIN OMAR  -  PAS
SHAHLAN BIN ISMAIL -   BN

P. 009 - ALOR STAR

ABDUL FISOL BIN MOHD ISA  -  BERJASA
CHOR CHEE HEUNG  -  BN
GOOI HSIAO - LEUNG  -  PKR
JAWAHAR RAJA BIN ABDUL WAHID  -  BERSAMA

P. 010 - KUALA KEDAH
AZMAN BIN ISMAIL  -    PKR
ZAKI ZAMANI BIN ABD RASHID  -  BN

P. 011 - PENDANG
MOHAMAD BIN SABU -   PAS
OTHMAN BIN ABDUL  -  BN

P. 012 - JERAI
JAMIL KHIR BIN BAHAROM  -  BN
MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR  -  PAS

P. 013 - SIK
CHE UDA BIN CHE NIK -  PAS
MANSOR BIN ABD RAHMAN -  BN

P. 014 - MERBOK
ISMAIL BIN DAUT  - BN
NOR AZRINA BINTI SURIP - PKR

P. 015 - SUNGAI PETANI

JOHARI BIN ABDUL  -  PKR
ONG WEI SIN  -   BEBAS
SUHAIMI BIN HASHIM  -  KITA
SYAMSYUL ANUAR CHE MEY @ ISMAIL  -  BN

P. 016 - BALING

ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM  -  BN
NAJMI BIN HJ AHMAD  -  PAS

P. 017 - PADANG SERAI
GOBALAKRISHNAN A/L NAGAPAN  -  BEBAS
HAMIDI BIN ABU HASSAN  -   BERJASA
HENG SEAI KIE  -  BN
N SURENDRAN A/L K NAGARAJAN  -  PKR
OTHMAN BIN WAWI  -   BEBAS

P. 018 - KULIM-BANDAR BAHARU
ABD. AZIZ BIN SHEIKH FADZIR  -   BN
SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL  -  PKR

Read more...

Friday 19 April 2013

Dilema & Konflik BN PRU 13 Padang Terap. BN mungkin Kalah 2-1 di Padang Terap


 Calon UMNO Parlimen Padang Terap.


Antara calon yang disenaraikan untuk PARLIMEN PADANG TERAP ialah DATO’ SERI MAHAWANGSA DATO SERI DIRAJA MAHZIR BIN KHALID (Tok Det). Manakala bagi DUN PEDU iaIah Puan Kama Noriah Haji Ibrahim dan DUN KUALA NERANG ialah Haji Badrul Hisham bin Hashim.
Saya dan sekumpulan Ahli UMNO Generasi Muda adalah salah Ahli biasa UMNO bukannya seorang berjawatan dalam UMNO di Padang Terap atau di peringkat Cawangan mahupun Negeri. Berdasarkan sedikit pemerhatian & pengetahuan berkaitan suasana politik di Padang Terap ini jadi terbangkit hati ingin meluahkan sedikit perasaan dan berkongsi dengan orang ramai khususnya ahli UMNO Padang Terap & pengundi di Kawasan Padang Terap.

Bagi Parlimen Padang Terap Dato’ Seri Mahawangsa Dato Seri Diraja Mahzir bin Khalid (Tok Det) adalah Calon yang paling sesuai dan paling layak untuk kerusi tersebut. Beliau adalah seorang individu yang cukup professional dan diterima oleh generasi lama dan juga generasi baru di Padang Terap. Diharap kredibiliti Tok Det dan sokongan akar umbi mampu Merampas kembali kerusi Parlimen yang sebelum ini di sandang oleh Nasir Zakaria (PAS). Semoga Kemenangan yang bakal menjelma ini Kerajaan Barisan Nasional dapat menambahkan kerusi BN di Dewan Rakyat seterusnya memperolehi Majoriti 2/3. InsyaAllah

Jika di Imbau Keputusan PRU 12 yang lalu BN MENANG di 2 kerusi DUN (Pedu & Kuala Nerang) dan Tewas di kerusi PARLIMEN PADANG TERAP. YB Dato Paduka Haji Ghazali Bin Ibrahim (UMNO) atau lebih di kenali dengan panggilan Tok Li, tewas kepada YB Nasir Zakaria (PAS) dengan majoriti 369 undi. Kalu di ikutkan logik sepatutnya Tok Li menang di Kerusi tersebut dengan Majoriti lebih dari 3500 undi, kerana jumlah Majoriti BN di DUN PEDU & DUN KUALA NERANG ialah 3538 undi.

Di Sini dapat disimpulkan bahawa Tok Li bukan lagi calon yang disukai oleh rakyat Padang Terap khususnya. Tok Li adalah seorang yang Senior dan cukup berpengalaman dalam dunia politik di Padang terap. Rakyat Padang Terap menghargai jasa & sumbangan beliau sepanjang berkhidmat sebagai Wakil Rakyat di DUN Pedu & Parlimen Padang Terap. Oleh itu ramai ahli UMNO & Pengundi di Padang Terap harap Tok Li berundur dengan bermaruah “melaui pintu depan” tetapi masih nak bertanding dan akhirnya rakyat Padang Terap terpaksa “menendang keluar melalui tingkap” pada PRU12 yang lalu. Tok Li harus sedar bahawa beliau bukan lagi INDIVIDU yang disukai oleh Rakyat Padang Terap khususnya ahli UMNO Padang Terap. Tok Li juga harus sedar bahawa Jawatan dalam UMNO bukanlah MILIK SENDIRI selamanya ataupun buka PUSAKA WARISAN KELUARGA. Kekalahan ini adalah bukannya kerana Kekuatan PAS tetapi sebaliknya adalah kerana Undi protes oleh UMNO sendiri. Jika dilihat situasi semasa Undi Protes UMNO seolah-olah bakal berulang pada PRU13 ini.



Calon DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)

Jika dilihat UMNO Padang Terap meletakkan Muka Baru di 2 kerusi DUN iaitu Puan Kama Noriah binti Haji Ibrahim (DUN Pedu) & Haji Badrul Hisham bin Hashim (DUN Kuala Nerang). Jika dilihat Peluang kemenangan BN di 2 kerusi DUN, di mana Kawasaan DUN Pedu mempunyai peluang yang lebih besar berbanding DUN Kuala Nerang. Peluang untuk menang adalah 60/40 di DUN Pedu, manakala di DUN Kuala Nerang peluang agak tipis iaitu 50/50
 
Puan Kama Noriah dipilih sebagai Calon Dun Pedu bagi menggantikan Tok Det (DATO’ SERI MAHAWANGSA DATO SERI DIRAJA MAHDZIR BIN KHALID) yang telah beralih kepada kerusi Parlimen, di mana pada PRU 12 yang lalu Tok Det Menang di kerusi DUN Pedu dengan majoriti 2733 undi. Puan Kama Noriah adalah seorang Guru yang juga merupakan adik kepada YB DATO PADUKA HAJI GHAZALI BIN IBRAHIM (UMNO). Apabila disebut Calon DUN Pedu “Adik Tok Li” ramai pengundi UMNO kurang senang dengan perkataan tersebut. Puan Kama Noriah amat beruntung kerana terpilih sebagai calon BN bagi DUN Pedu kerana beliau adalah adik Tok Li iaitu Adik Kepada Individu tidak sukai oleh pengundi UMNO di Padang Terap pada PRU 12 lalu hingga kini. Tetapi Tok Li “rakus berusaha” membuat percaturan agar Adiknya tercalon sebagai calon BN di DUN Pedu yang mempunyai peluang yang agak cerah berbanding DUN Kuala Nerang.

Manakala bagi DUN Kuala Nerang, Haji Badrul Hisham bin Hashim dipilih sebagai Calon bagi DUN Kuala Nerang bagi menggantikan Dato’ Syed Sobri bin Syed Hashim. Penyandang DUN Kuala Nerang Dato’ Syed Sobri menang pada PRU12 lalu dengan Majoriti 805 undi

2 calon yang diketengahkan ini adalah calon baru yang bukanlah calon Winabble Candidate seperti yang dikehendaki oleh PM Dato’ Seri Najib Tun Razak. Ramai pengundi UMNO menolak calon ini atas mungkian atas beberapa sebab peribadi dan sebagainya Antaranya sebab utama adalah diluahkan oleh kebanyakkan pengundi adalah :
1.    Puan Kama Noriah ini bukanlah Calon Winable Candidate sepertimana yang diinginkan oleh PM kita, sebaliknya beliau adalah Calon CABLE CANDIDATE.
2.    Pengundi UMNO di Padang Terap sudah tak mahu lagi Legasi Tok Li / Adik beradik Tok Li sebagai calon DUN ataupun untuk dijadikan jawatan UMNO Padang terap sebagai Harta Pusaka Tok Li sahaja. Mungkin sesetengah Pengundi berpendapat kita terpaksa menghapus Legasi Tok Li ini dengan cara “menendang keluar melalui tingkap” ……..
3.    Masih ramai lagi orang orang lama dalam UMNO yang lebih layak tetapi tidak diberi peluang oleh individu tertentu yang berkuasa. Mereka ini ramai telah terbunuh karier politik mereka, iaitu ter”bunuh” oleh sesama rakan seperjuangan. Masalah terbunuh oleh rakan seperjuangan ini adalah isu nasional yang banyak berlaku di kebanyakan tempat.

Bagi DUN Kuala Nerang Haji Badrul Hisham bin Hasim juga desas desus kedenganran ramai pengundi UMNO di kawasan Kuala Nerang menolak beliau terutama sekali kumpulan penyokong tegar Dato’ Syed Sobri. Sebahagian besar pengundi lebih suka jika Dato’ Syed Sobri dikekalkan dikawasan DUN Kuala Nerang atas sebab tersendiri.
Sebahagian penyokong Tegar Dato' Syed Sobri(DSS) yang mahu DSS di kekalkan di DUN Kuala Nerang

Banner berunsur ugutan kepada BN dipasang disekitar Pekan Kuala Nerang dipercayai digantung oleh Segelintir Pengundi BN yang mahukan DSS dikekalkan

Berdasarkan situasai semasa BN Padang Terap pada PRU13 ini mungkin tidak mampu untuk mengekalkan 2 kerusi DUN. Kemungkinan BN akan Kalah 2-1 di kawasan Padang Terap. 

Rakyat Padang Terap mahukan BN merampas kembali Negeri Kedah pada PRU13 ini. Semangat ini amat berkobar-kobar dikalangan Rakyat Padang Terap khususnya dan seluruh rakyat di Negeri Kedah. Rakyat Padang Terap khususnya Pengundi BN tidak sabar untuk meraikan kemenangan BN di Kedah di bawah Menteri Besar baru yang lebih berilmu, professional, berjiwa rakyat seterusnya menerajui Negeri Kedah ke Hala Tuju yang baru. InsyaAllah

Pengundi Padang terap harus membuat pilihan tepat meskipun agak berat untuk memberi undi kepada calon bukan pilihan kita, tetapi kita harus memikirkan kepentingan PARTI bagi merampas semula Negeri Kedah dari Pemerintahan Pakatan Rakyat. Singkirkan seketika sentiment kebencian terhadap INDIVIDU tertentu buat seketika, buat pilihan tepat demi Perjuangan bagi membela Nasib Bangsa Melayu dan Kesucian Islam dan seterus membentuk sebuah Negara yang Aman Makmur. Wahai pengundi di Padang Terap keluarlah mengundi pada 5 Mei 2013 ini. 


JOM UNDI BARISAN NASIONAL.
HINDARI MALAYSIA YANG KITA CINTAI INI DARI PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT IAITU PAKATAN YANG MAJORITI ORANG BUKAN ISLAM.

JOM KITA MERAMPAS SEMULA KEDAH DARI PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT, KETEPIKAN SENTIMEN "BUKAN CALON PILIHAN KITA" BUAT SEKETIKA.

BN Menang KEDAH Senang



Read more...

Thursday 18 April 2013

Calon-calon BN Kedah PRU13




P4 LANGKAWI - Datuk Nawawi Ahmad
N1. AYER HANGAT - Mohd. Rawi Abdul Hamid
N2. KUAH - Nor Saidi Nayan (baharu)

P5 JERLUN - Datuk Othman Aziz
N3 KOTA SIPUTEH - Datuk Abu Hassan Sharif
N4 AYER HITAM - Datuk Mukhriz Tun Mahathir

P7 PADANG TERAP - Datuk Seri Mahdzir Khalid
N7 KUALA NERANG - Badrol Hisham Hashim (baharu)
N8 PEDU - Kama Noriah Ibrahim (baharu)

P8 POKOK SENA - Datuk Shahlan Ismail (baharu)
N9 BUKIT LADA - Datuk Ahmad Lebai Sudin
N10 BUKIT PINANG - Mokhtar Mohd. Nor (baharu)
N11 DERGA - Dr. Cheah Soon Hai

P9 ALOR SETAR - Datuk Seri Chor Chee Heung
N12 BAKAR BATA - Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah
N13 KOTA DARULAMAN - Loh Gim Hui (baharu)
N14 ALOR MENGKUDU - Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah (baharu)

P10 KUALA KEDAH - Dr. Zaki Zamani Abdul Rashid (baharu)
N15 ANAK BUKIT - Datuk Hashim Yahya
N16 KUBANG ROTAN - Datuk Latt Shariman Abdullah (baharu)
N17 PENGKALAN KUNDOR - Noor Hasita Mat Isa (baharu)

P11 PENDANG - Datuk Othman Abdul
N18 TOKAI - Najmudin Darus (baharu)
N19 SUNGAI TIANG - Datuk Suraya Yaacob

P12 JERAI - Datuk Seri Jamil Khir (baharu)
N20 SUNGAI LIMAU - Fadzilah Mohd. Ali. (baharu)
N21 GUAR CHEMPEDAK - Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ismail
N22 GURUN - Dr. Leong Yong Kong (baharu)

P13 SIK - Dr. Mansor Abdul Rahman (baharu)
N23 BELANTEK - Datuk Mohd. Tajudin Abdullah
N24 JENERI - Mahadzir Abdul Hamid (baharu)

P14 MERBOK - Prof Dr. Ismail Daud (baharu)
N25 BUKIT SELAMBAU - M. L. Maran (baharu)
N26 TANJONG DAWAI - Datuk Tajul Urus Mat Zain

P15 SUNGAI PETANI - Shamsul Anuar Ismail (baharu)
N27 PANTAI MERDEKA - Ali Yahya (baharu)
N28 BAKAR ARANG - Lee Yean Wang (baharu)
N29 SIDAM - Bee Sieong Heng (baharu)

P16 BALING - Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
N30 BAYU - Datuk Azmi Che Husain
N31 KUPANG - Harun Abdul Aziz (baharu)
N32 KUALA KETIL - Mohd. Khairul Abdullah (baharu)

P17 PADANG SERAI - Datuk Heng Seai Kie
N33 MERBAU PULAS - Datuk Marlia Abdul Latif (baharu)
N34 LUNAS - S. Ananthan

P18 KULIM/BANDAR BAHARU - Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir
N35 KULIM - Chua Thiong Gee (baharu)
N36 BANDAR BAHARU - Nor Sabrina Mohd Noor (baharu)

P6 KUBANG PASU - Datuk Johari Baharom
N5 BUKIT KAYU HITAM - Datuk Ahmad Zaini Jaafar
N6 JITRA - Aminuddin Omar (baharu)



Read more...

About This Blog

Total Pageviews

Lorem Ipsum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About

My Photo
Jemari Kasturi
View my complete profile

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP