Powered by Blogger.

...

...

Thursday 22 December 2011

Sorotan Keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 Daerah Padang Terap

Jika disorot kembali keputusan pilihan raya ke 12 yang lalu, Negeri Kedah Berjaya dirampas oleh pihak pembangkang, manakala di Daerah Padang Terap Calon BN (UMNO) Datuk Paduka Ghazali Ibrahim tewas di kerusi P7 PARLIMEN PADANG TERAP kepada Mohd Nasir Zakaria PAS dengan majoriti 369 undi, sedangkan pada PRU11 lalu ianya disandang oleh UMNO dengan Majoriti 2, 172 undi. Undi rosak adalah sebanyak 770 undi. 


Jika dilihat di kerusi DUN, BN berjaya memenangi  kedua-dua kerusi DUN. Tetapi mengalamai kemerosotan undi di kerusi DUN N7 KUALA NERANG (Datuk Syed Sobri Syed Hashim), di mana BN (UMNO) hanya menang dengan majoriti 805 undi berbanding pada PRU11 yang lalu sebanyak 1,310 undi.Manakala bagi DUN Pedu iaitu Datuk Seri Mahzir bin Khalid menang dengan majoriti 2,733 undi iaitu meningkat berbanding PRU12 lalu.

Secara kesimpulannnya kekalahan UMNO adalah disebabkan oleh kelemahan & kesilapan kita sendiri di mana lebih mendahului kepentingan diri dari kepentingan parti dan pelbagai masalah lagi. Jika diperhalusi keputusan ini kebanyakkan pengundi yang memberikan undi kapada pihak pembangkang adalah dari pengundi kebanyakkannya adalah dari generasi muda. Generasi muda inilah yang lahir di dunia globalisasi dan mereka mencapai maklumat dengan mudah di internet. Generasi ini harus kita tawan pemikiran mereka melalui dunia siber ini, seterusnya dapat menghalang dan menghindar pemikiran mereka dirosakkan oleh pihak pembangkang untuk mempergunakan mereka pada PRU13 nanti.

0 comments:

About This Blog

Total Pageviews

Lorem Ipsum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About

My Photo
Jemari Kasturi
View my complete profile

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP