Powered by Blogger.

...

...

Friday 10 May 2013

Datuk Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah



Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu pada 6 Mei 2013 di Istana Anak Bukit.

Mukhriz, 49, yang merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas merdeka, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Turut hadir dua anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Hadir sama pada majlis itu adalah bapanya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Mukhriz Datin Norzieta Zakaria.


Pada PRU13 Ahad 5 Mei 2013 lalu, BN memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membentuk kerajaan. Sementara itu PAS yang sebelum ini mentadbir kerajaan negeri selepas PRU 2008 hanya berjaya memenangi Sembilan kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masing-masing memperoleh Empat dan Dua kerusi.


Bagi kerusi Parlimen, BN menang di 10 daripada 15 kerusi sementara PAS mendapat satu kerusi dan PKR mendapat empat kerusi. Pada PRU 2008.

Mukhriz menang buat kali pertama di kerusi Parlimen Jerlun dan diangkat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009.

Pada PRU13, Mukhriz memenangi kerusi DUN Ayer Hitam menewaskan Abd Ghani Ahmad daripada PAS dengan majoriti 2,446 undi.

Pada PRU12, beliau memenangi kerusi Parlimen Jerlun dan setelah Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri pada 2009, Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

0 comments:

About This Blog

Total Pageviews

Lorem Ipsum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About

My Photo
Jemari Kasturi
View my complete profile

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP