Powered by Blogger.

...

...

Friday 26 April 2013

Negarawan Ulung Tun Dr Mahathir bin Mohamad datang ke Kuala Nerang


Negarawan Ulung Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad hadir ke Pekan Kuala Nerang pada 25 April 2013. Beliau hadir di Majlis Bersama Negarawan Ulung, anjuran Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Padang Terap di Dataran Putra Kuala Nerang. 

Kehadiran Tun Dr Mahathir ke Pekan Kuala Nerang memberi kesan yang sangat besar kepada rakyat khususnya pengundi-pengundi di Padang Terap  terhadap PRU 13 ini. Kehadiran Tun Dr Mahathir ini ibarat memberi suntikan semangat & kekuatan kepada Jentera BN bagi menghadapi PRU13 pada 5 Mei 2013 nanti. 

Tun Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin yang hebat dan terkenal di seluruh dunia khususnya di Negara=negara Islam. Saya sebagai rakyat Malaysia amat bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan seorang pemimpin terbaik dikalangan bangsa Melayu yang beragama Islam bagi memimpin negara Malaysia ke satu tahap yang amat membanggakan.

Segala Jasa dan Sumbangan Tun Dr Mahathir amat disanjungi dan terima kasih kepa Tun kerana sudi Datng ke Pekan Kuala Nerang.


Gambar-gambar ihsan Saudara Jamal Wahab

0 comments:

About This Blog

Total Pageviews

Lorem Ipsum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About

My Photo
Jemari Kasturi
View my complete profile

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP