Powered by Blogger.

...

...

Friday, 10 May 2013

Datuk Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah



Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu pada 6 Mei 2013 di Istana Anak Bukit.

Mukhriz, 49, yang merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas merdeka, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Turut hadir dua anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Hadir sama pada majlis itu adalah bapanya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Mukhriz Datin Norzieta Zakaria.


Pada PRU13 Ahad 5 Mei 2013 lalu, BN memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membentuk kerajaan. Sementara itu PAS yang sebelum ini mentadbir kerajaan negeri selepas PRU 2008 hanya berjaya memenangi Sembilan kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masing-masing memperoleh Empat dan Dua kerusi.


Bagi kerusi Parlimen, BN menang di 10 daripada 15 kerusi sementara PAS mendapat satu kerusi dan PKR mendapat empat kerusi. Pada PRU 2008.

Mukhriz menang buat kali pertama di kerusi Parlimen Jerlun dan diangkat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009.

Pada PRU13, Mukhriz memenangi kerusi DUN Ayer Hitam menewaskan Abd Ghani Ahmad daripada PAS dengan majoriti 2,446 undi.

Pada PRU12, beliau memenangi kerusi Parlimen Jerlun dan setelah Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri pada 2009, Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Read more...

Monday, 6 May 2013

Kedudukan Kerusi Dewan Rakyat yang dimenangi


* Sila klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar

Read more...

Kedudukan Kerusi Dewan Undangan Negeri Yang dimenangi (Semua Negeri)




Read more...

Keputusan PRU13 Kawasan Padang Terap, Kedah


Keputusan penuh bergaya buat Barisan Nasional Padang Terap, di mana BN berjaya merampas kembali Kerusi Parlimen P007 Padang Terap dan berjaya mengekalkan 2 kerusi DUN (Pedu & Kuala Nerang).


Tahniah buat Dato' Seri Mahdzir bin Khalid kerana berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Padang Terap dari dakapan PAS. Beliau berjaya memperolehi sebanyak 20 654 undi berbanding Mohd Nasir bin Zakaria yang mendapat 16 212 undi. Majoriti sebanyak 4 442 undi.


Bagi DUN KUALA NERANG, Badrol Hisham Bin Hashim (BN) berjaya memperolehi undian sebanyak 10,363 undi dan berjaya menewaskan Syed Ibrahim Bin Syed Omar (PAS) 8,366 undi & Ahmad Bin Mad.Daud (Bebas) 235 undi. Majoriti undi sebanyak 1997 undi.


Manakala DUN PEDU, Puan Kama Noriah bt Ibrahim (BN) berjaya memperolehi undian sebanyak 10,552 undi dan berjaya menewaskan Zamri bin Yusof (PKR) yang mendapat 7562 undi.  Majoriti Undi adalah sebanyak 2960 undi.




Read more...

Friday, 3 May 2013

Sumpah Laknat Saiful Bukhari di Hadapan Pintu Kaabah

Sumpah Laknat Saiful Bukhari di Hadapan Pintu Kaabah, Masjidil Haram. April 2012


Sumpah lakhnat telah di buat oleh saiful bukhari yang membuktikan bahawa beliau benar-benar diliwat oleh anwarIbrahim.

Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah

Apa yang berlaku sekarang seharusnya boleh membuka mata semua pihak untuk menilai siapakah Anwar Ibrahim.

Adakah Pemimpin seperti Anwar Ibrahim ini yang Penyokong Pakatan Rakyat teruja sangat hendak mengangkatnya jadi pemimpin?

Janganlah kita jadi bodoh dan janganlah kita diperbodohkan lagi oleh manusia kotor & sesat bernama Anwar Ibrahim ini…

Read more...

Friday, 26 April 2013

Negarawan Ulung Tun Dr Mahathir bin Mohamad datang ke Kuala Nerang


Negarawan Ulung Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad hadir ke Pekan Kuala Nerang pada 25 April 2013. Beliau hadir di Majlis Bersama Negarawan Ulung, anjuran Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Padang Terap di Dataran Putra Kuala Nerang. 

Kehadiran Tun Dr Mahathir ke Pekan Kuala Nerang memberi kesan yang sangat besar kepada rakyat khususnya pengundi-pengundi di Padang Terap  terhadap PRU 13 ini. Kehadiran Tun Dr Mahathir ini ibarat memberi suntikan semangat & kekuatan kepada Jentera BN bagi menghadapi PRU13 pada 5 Mei 2013 nanti. 

Tun Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin yang hebat dan terkenal di seluruh dunia khususnya di Negara=negara Islam. Saya sebagai rakyat Malaysia amat bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan seorang pemimpin terbaik dikalangan bangsa Melayu yang beragama Islam bagi memimpin negara Malaysia ke satu tahap yang amat membanggakan.

Segala Jasa dan Sumbangan Tun Dr Mahathir amat disanjungi dan terima kasih kepa Tun kerana sudi Datng ke Pekan Kuala Nerang.


Gambar-gambar ihsan Saudara Jamal Wahab

Read more...

Thursday, 25 April 2013

BIODATA CALON BN P007 PADANG TERAP : MAHDZIR BIN KHALID


YANG BERHORMAT, DATO’ SERI MAHAWANGSA, DATO’ SERI DIRAJA MAHDZIR BIN KHALID.  
SHMS,. SSDK,. DPMP,. JP,. BKM.


Umur               :    53 Tahun
Tempat Lahir  :    Kampung Atong, Mukim Jabi, Pokok Sena, Kedah
Nama Isteri    :    Ybhg. Datin Seri Noraini Binti Abdullah
Anak-Anak      :    4 Orang Anak

ANUGERAH KEBESARAN NEGERI
Februari, 2011      :    ORANG BESAR LAPAN   (DATO’ SERI MAHAWANGSA)
Julai, 2008            :    S.H.M.S – Dato’ Seri Diraja (Dato’ Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah)
Januari, 2008        :    S.S.D.K – Dato’ Seri (Seri Setia Diraja Kedah)
Januari, 2007        :    J.P – (Jaksa Pendamai)
April, 2003            :    D.P.M.P – Dato’      (Dato’ Paduka Mahkota Perak)
1996                       :    B.K.M – Bakti Khidmat Masyarakat

PENDIDIKAN
Sekolah Rendah            :    Sek. Keb. Jabi, Pokok Sena, Kedah
Sekolah Menengah       :   i) Sek. Men. Pokok Sena, Kedah
                                           ii)  Sek. Men. Dato’ Syed Omar, Alor Setar, Kedah
Pendidikan Tinggi        :    Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
                                           (B.A (Hons) Jurusan Pendidikan)

KERJAYA SEMASA

1)    Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (N.8 DUN Pedu)
2)    Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
3)    Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
4)    Pengerusi MADA Negeri Kedah Darul Aman
5)    Ketua UMNO Bahagian Padang Terap

LAIN-LAIN
1)    Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen Padang Terap
2)    Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi)
3)    Pengerusi Nadi Kawasan DUN Pedu (Kementerian Pembangunan Wanita)

PENGALAMAN KERJAYA

1984 – 1990 :
Pegawai Pendidikan

1990 – 1993 : 
Pengetua, Sek. Men. Kebangsaan Gadong, Beaufort, Sabah

1993 – 1996 :
Pegawai Khas Kepada Yab. Menteri Besar Kedah (Tan Sri Osman Aroff)

1998 – 2000 :
Pengarah Seranta, Kementerian Tanah & Pembangunan Koperasi Malaysia

2000 – 2004 : 
Setiausaha Politik Kepada YAB. Timbalan Perdana Menteri Malaysia
(YAB. Dato’ Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi)

2004 – Semasa :
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN Pedu)

2004 – 2005 : 
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
(Portfolio: Pertanian, Pembangunan Luar Bandar & Pembangunan Koperasi)

2004 – 2008 :
Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap

17.07.2005 - 27.12.2005 :
Pemangku Menteri Besar Kedah (Dato’ Seri Syed Razak Bin Syed Zain)    

28.12.2005 - 31.03.2008 :
Menteri Besar Kedah Darul Aman Yg Ke-8
(Portfolio: Kewangan, Hal Ehwal Tanah & Pertanian Dan Industri Asas Tani)

2006 – 2009 :
Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah

2006 – 2009 :
Pengerusi Keda, Kedah Darul Aman

2008 – Semasa :
 Ketua Umno Bahagian Padang Terap

2006 – Semasa :
Pengerusi Mada, Kedah Darul Aman

2008 – Semasa :   
Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia

2008 – Semasa : 
Timbalan Pengerusi Penggalakan Pelancongan Malaysia
(Kementerian Pelancongan Malaysia)

Ayuh pengundi di Padang Terap, jom kita pakat-pakat keluar menunaikan tanggungjawab anda pada 5 Mei 2013 nanti. Buat pilihan bijak, pilihlah Parti yang mampu membela Nasib Bangsa, Kesucian Islam, Kedaulatan Raja-raja Melayu & Keamanan dan Kemajuan Malaysia.

UNDILAH BARISAN NASIONAL


Read more...

About This Blog

Total Pageviews

Lorem Ipsum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About

My Photo
Jemari Kasturi
View my complete profile

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP