Powered by Blogger.

...

...

Saturday, 12 September 2015

Cerita dari WhatApp : Agenda DAP

Ini antara strategi yg sedang dan akan dibuat DAP utk menguasai kita. Segala perbincangan ini adlh dlm mesyuarat CC DAP Pusat 3 hari lepas di ibupejabat DAP.

DAP berazam utk menang dlm PRU14. Utk menang DAP perlu lakukan beberapa strategi :

1. Hancurkan perpaduan antara org Melayu sebab kalau Melayu bersatu hati mereka akan kalah. DAP telah berjaya pecahkan PAS. UMNO perlu dihentam bersungguh2 dgn apa cara sekalipun kerana kekuatan BN ialah UMNO. DAP perlu sokong Parti Amanah Negara (PAN) sepenuhnya kerana hanya PAN sbg alternatif utk sokongan Melayu. PKR kini sudah tidak lagi popular dikalangan org Melayu.

2. 1MDB berperanan membantu bumiputera dlm perniagaan dlm skala besar spt PETRONAS yg banyak membantu kerajaan dan org2 Melayu. Jika 1MDB berjaya membantu meningkatkan perniagaan bumiputera menjadi pesaing kpd kaum Cina maka 1MDB mesti dihancurkan dgn apa cara sekalipun dan persepsi negatif harus selalu dimainkan supaya rakyat tidak akan percaya kpd 1MDB dan apa jua yg kerajaan BN lakukan. Pemimpin2 BN harus dilabel sbg korupsi dan penipu.

3. DAP perlu merekrut sramai mungkin pemimpin pelapis muda Melayu bagi menghancurkan pimpinan utama UMNO khasnya PM sampai berjaya dgn memburuk/ memfitnah/menaikan kebencian dan perbagai cara secara besaran. Siri BERSIH perlu diteruskan dan slogan ABU - "Asal Bukan UMNO" perlu dimainkan sentiasa dlm media sosial supaya rakyat khasnya generasi muda terus membenci kerajaan BN. BERSIH 4 tidak berjaya apabila majoriti yg turun adalah kaum Cina. Perlu adakan lagi BERSIH 5 utk tarik org2 Melayu pula.

4. DAP perlu berusaha utk pecahkan hubungan UMNO dgn parti komponen dlm BN supaya bila PRU14 mereka boleh menang. Segala isu dan cerita sensasi perlu dibuat supaya kesepakatan dlm BN akan hancur. MCA dan MIC sudah berpecah teruk dan tidak kuat lagi. Itu mileage utk DAP tarik mereka yg kecewa utk bersama DAP.

5. Dana 2.6 bilion adalah sumbangan drpd Putra Al-Waled, putera Arab Saudi yg menderma USD120 bilion kpd negara2 Islam seluruh dunia termasuk Malaysia. Ianya amat bahaya kerana apabila UMNO ada dana lain maka kebergantungan kpd taukeh2 kaum Cina tiada lagi dan amat susah utk kita menguasai pemimpin2 Melayu lagi. 

6. GST amat bahaya dlm jangka panjang kpd perniagaan org Cina kerana melalui sistem GST maka kerajaan akan dpt tahu keuntungan sebenar dan detail perniagaan kita. Kita tak boleh lari lagi drp cukai. Oleh itu kita perlu galakkan org2 kita supaya naikkan harga barang semaksima supaya rakyat akan marah kpd GST ini. Taukeh Melayu spt Syed Mokhtar al-Bukhary perlu dihancurkan. Barangan keluaran Bumiputera perlu diburukkan. Amat bahaya juga apabila isu Low Yatt telah alihkan kepercayaan ramai kpd kaum Cina.

Read more...

Wednesday, 9 September 2015

Kontrak Sosial (Cerita dari Whatapp)

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan.
Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka...Jom Terjah!

Tan Sri : Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan : Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri : Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan : Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri : Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan : Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri : ............ ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 58...

Hebahkan kepada anak cucu, saudara mara, sahabat handai dan siapa saja BANGSA MELAYU berkenaan hak kita agar semua sedar. Asas Perlembagaan Tanah Melayu Malaysia yang kita perlu tahu. Kontrak sosial diasaskan dari 5 hak orang Melayu dan dari situ Perlembagaan Malaysia digubal:
1. Raja Berpelembagaan
2. Agama Islam
3. Bahasa Melayu
4. Hak Istimewa Orang Melayu
5. Kerakyatan

Dari 5 ini orang Melayu berkongsi syarat ke 5 dengan orang Cina dan India. Semasa kontrak sosial dibincang antara kaum Melayu, Cina dan India, British menawarkan kepada kaum Cina dan India sekiranya mereka tidak setuju dengan kontrak tersebut mereka diberi 2 pilihan iaitu:
1. Pulang kenegara asal
2. Berpindah ke negara Asia dibawah jajahan British.
Jadi sekiranya hak istimewa orang Melayu dipertikai, Agama Islam dihina, institusi Di Raja tidak dihormati, bahasa Melayu dipijak ertinya mereka telah melanggar syarat2 tersebut dan seharusnya Kontrak Sosial itu boleh dibatalkan. Bangsa Melayu punya hak untuk keluarkan mereka dari Negara Malaysia...

Read more...

Tuesday, 25 August 2015

Tahniah YB Dato'Seri Mahawangsa Dato'Seri Diraja Haji Mahdzir bin Khalid (Menteri Pendidikan Malaysia)


Read more...

Tuesday, 14 July 2015

Lirik Lagu Seloka Cak Kun Cak - SM Salim & M.Nasir

Lirik Lagu Seloka Cak Kun Cak nyanyian SM Salim & M. Nasir ini mempunyai maksud yang mendalam. Kita orang melayu harus sedar dengan situasi politik sekarang. Orang Melayu perlu BERSATU..... Demi Perjuangan Agama, Bangsan dan Negara.

Masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali

Melayu mashyur serata alam
Hidup mewah gagah sekali

Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira

Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa

Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang

Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang

Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang

Kekayaan hendang diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang

Disulami syair termashyur
Usahlah berdengkur
Kita yang bertafakur

Yang mana khilaf tegur menegur
La..la...la..la...

Korus:
Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih

Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih

Jadikah bersih hatipun bersih
Berkata bermulut fasih

Jadikah bersih, hatipun bersih

Dialah khazanah pintu terpilih
a.a.aa...aa

Awak yang payah membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung...........

Read more...

13 Mei 1969 - Orang Melayu Perlu Tahu Sejarah

Read more...

Sunday, 22 September 2013

Senarai calon yang berdaftar untuk bertanding jawatan utama UMNO Pusat pada pemilihan bulan depan


PRESIDEN
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (Penyandang / Menang Tanpa bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN
Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang / Menang Tanpa bertanding)

NAIB PRESIDEN
1) Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Penyandang)
2) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)
3) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)
4) Datuk Seri Mohd Ali Rustam – Mantan Ketua Menteri Melaka
5) Tan Sri Isa Samad
6) Datuk Mukhriz Mahathir – Menteri Besar Kedah

KETUA WANITA
1) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Penyandang)
2) Raihan Sulaiman Palestin
3) Datuk Maznah Mazlan

NAIB KETUA WANITA:
1. Datuk Suraya Yaacub
2. Datuk Azizah Mohd Dun
3. Datuk Hamidah Osman

KETUA PEMUDA
1) Khairy Jamaluddin (Penyandang)
2) Razman Hakimi Abdullah
3) Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
4) Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
5) Abdul Karim Ali

NAIB KETUA PEMUDA:
1. Jamawi Jaafar
2. Lokman Noor Adam
3. Mohd Iruan Zulkefli
4. Khairul Azwan Harun

KETUA PUTERI
1) Mas Ermieyati Samsudin
2) Jamilah Hanim Othman
NAIB KETUA PUTERI:
1. Datin Norsabrina Mohd Noor
2. Zahida Zarikh Khan
3. Nazliah Ali

AHLI MAJLIS TERTINGGI
1) Datuk Seri Mustapa Mohamed
2) Datuk Seri Noh Omar
3) Datuk Seri Musa Aman
4) Datuk Azian Osman
5) Datuk Zainal Abidin Osman
6) Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed
7) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
8) Datuk Shaziman Abu Mansor
9) Dr Mohd Puad Zarkashi
10) Datuk Tajuddin Abdul Rahman
11) Datuk Idris Haron
12) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
13) Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis
14) Datuk Saifuddin Abdullah
15) Datuk Dr Norraesah Mohamad
16) Datuk Seri Mahdzir Khalid
17) Datuk Hamzah Zainudin
18) Datuk Bung Moktar Radin
19) Datuk Dr Awang Adek Hussin
20) Datuk Seri Zulhasnan Rafique
21) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
22) Datuk Seri Idris Jusoh
23) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
24) Datuk Seri Dr Rais Yatim
25) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
26) Datuk Seri Jamil Khir Baharom
27) Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin
28) Datuk Seri Mohd Ali Rustam
29) Datuk Abdul Ghani Othman
30) Tan Sri Rafidah Aziz
31) Datuk Seri Shahidan Kassim
32) Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir
33) Datuk Razali Ibrahim
34) Dr Wan Norashikin Wan Noordin
35) Datuk Hamidah Osman
36) Datuk Seri Adnan Yaakob
37) Datuk Seri Mohamad Hasan
38) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
39) Datuk Seri Dr Md Isa Sabu
40) Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah

# Pencalonan baru Majlis Tertinggi
1) Datuk Razali Ibrahim
2) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
3) Datuk Soohami Shahdan
4) Tun Faisal Ismail Aziz
5) Datuk Nur Jazlan Mohamed
6) Tan Sri Rahim Tamby Chik
7) Azlan Man

Senarai penuh calon yang akan bertanding pemilihan Umno 2013 dijangka diumum pada Rabu

Read more...

Calon-calon yang bakal mengemudi UMNO Bahagian Padang Terap


Calon-calon yang bakal mengemudi UMNO Bahagian Padang Terap

Ketua UMNO Bahagian Padang Terap 
1. Dato Seri Mahawangsa Dato’ Seri Diraja Haji Mahadzir Khalid (menang tanpa bertanding)

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap 
1. Dato Paduka Haji Ghazali Ibrahim
2. Cikgu Zuhdi

Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap 
1. Haji Badrol Hisham bin Hashim
2. Dato Syed Sobri

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Terap 
1. Ismail Ibrahim
2. Suhaimi Mmpt

Naib Ketua Pemuda UMNO Padang Terap 
1. Mohamad Nizam Wahab
2. Mohd Shuhaimi Abu

Ketua Puteri UMNO Padang Terap 
1. Suraya Md Isa
2. Zurina Zakaria

Naib Ketua Puteri UMNO Padang Terap 
1. Azlida Kirana (menang tanpa bertanding)

Ketua Wanita UMNO Padang Terap 
1. Arpah Ariffin Pdg Terap
2. Cikgu Zai

Naib Ketua Wanita UMNO Padang Terap 
1. Kama Noriah (menang tanpa bertanding)


Read more...

Calon-calon Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia


Inilah antara calon-calon Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia :

Ketua Pemuda UMNO Malaysia:
1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Penyandang)
2. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
3. Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
4. Abd. Karim Ali
5. Irwan Ambak

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia:
1. Khairul Azwan Harun
2. Jamawi Jaafar
3. Lokman Noor Adam
4. Mohamad Iruan Zulkefli


Read more...

Saturday, 21 September 2013

Tun Mahathir : "Masa Depan UMNO"

MASA DEPAN UMNO (Tun Mahathir Mohamad)

(ARTIKEL IN TELAH DI SIARKAN DI DALAM AKHBAR UTUSAN MALAYSIA KELUARAN SEPTEMBER 16, 2013)


1. Saya berasa serba salah. Saya setia kepada UMNO. Saya ingin lihat UMNO terus mewakili orang Melayu, mempertahan dan memajukan mereka. Saya sedar akan hakikat bahawa UMNO mengidap sakit tua, dan ia akan maut kerana sudah tua. Ini naluri manusia. Lambat laun manusia akan menemui ajalnya.

2. Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu.

3. Saya cuba sedarkan UMNO akan usianya yang sudah lanjut. Saya menulis akan perlunya UMNO diperbaharui dengan penerimaan ahli serta kepimpinan dari generasi muda. Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya. Mungkin secara kebetulan ini akan terjadi. Tetapi jika kerana tuduhan ini saya tidak berusaha untuk kebaikan UMNO, ini bermakna saya lebih utama imej saya daripada tanggungjawab saya kepada parti. Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya Perdana Menteri. Tetapi saya tidak berbuat demikian. Pada hakikatnya, UMNO sekarang memerlukan pembaikan, dan walau apa pun tuduhan saya terpaksalah ketepikan, jika sedikit sebanyak dapat saya sumbang untuk masa depan UMNO dan orang Melayu. Saya tidak penting. UMNO dan orang Melayu tetap lebih penting daripada saya, atau anak saya.

4. Saya ulangi UMNO sedang mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut. Hanya jika UMNO diperbaharui oleh yang muda barulah UMNO dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanah kepada UMNO oleh bangsa Melayu. Ahli UMNO mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan. Demikian juga dengan kepimpinan UMNO di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam MajlisTertinggi. Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda.

5. Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas UMNO. Mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka. Dan UMNO pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu. Dan mereka pun berjaya, berjaya menewaskan Malayan Union British, memerdekakan negara dan bangsa, mengatasi segala cabaran setelah mengambilalih pemerintahan, mengisi kemerdekaan secara bermakna sehinggalah negara yang kerdil, bangsa yang terhina dahulu dikenali dunia sebagai bangsa yang berwibawa, yang mampu bersaing dan memajukan negara ini berpuluh kali lebih baik daripada penjajah. UMNO membangunkan Malaysia sehingga menjadi negara contoh yang dikagumi dunia. Berduyun-duyun orang asing datang untuk mempelajari darinya, mempelajari ilmu berkenaan pembangunan negara dan bermacam lagi.

6. Sumbangan pengasas UMNO yang muda ini terhadap bangsa, agama dan tanahair tidak dapat dinilai. Orang muda, pemimpin muda yang melakukan semua ini memang berjasa. Negara terhutang budi kepada mereka. Bangsa Melayu terhutang budi kepada mereka. Jasa mereka tetap akan dikenang selama-lamanya.

7. Tetapi mereka dan pengganti mereka sekarang sudah tua. Masa mereka sudah terlanjut. Sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati. Ramai yang membongkok disekeliling pemimpin, yang mengulangi cerita tentang keupayaan dan keberkesanan mereka sebagai pemimpin. Dan mereka pun percaya cerita pembodek ini. Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri.

8. Tetapi mereka harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka. Lambat laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin ynag sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran.

9. Untuk ini mereka sanggup buat apa sahaja. Tanpa mengambilkira kesan terhadap budaya bangsa mereka sanggup hulur wang untuk mendapat sokongan, untuk mengekal diri sebagai ahli Majlis Tertinggi atau jawatan-jawatan lain. Percayalah jika ahli memilih perasuah sebagai pemimpin, mereka akan amalkan budaya penerima rasuah semasa menjadi pemimpin. Kuasa mereka akan disalahgunakan. Kita dan bangsa kita akan rugi lebih daripada apa yang kita terima dahulu. Negara akan hancur. Maruah bangsa akan luput.

10. Malangnya ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang. Tak banyak. RM200/- pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli UMNO. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka. Hentikanlah amalan ini baik oleh yang menghulur mahupun yang menerima.

11. Kata pepatah Inggeris “Money is the root of all evil” (Duit adalah punca segala kejahatan). Duit boleh beli segala-galanya, membeli bangsa, membeli maruah, membeli masa depan, membeli agama pun.

12. Percayalah apabila pemimpin yang kita pilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa pun. Ingatlah Negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin Negara ini.

13. Kita harus akui bahawa UMNO sekarang tidak lagi dipercayai oleh ramai orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan ratusan badan bukan Kerajaan (NGO). Jika mereka mempunyai banyak pilihan, UMNO sudah kalah PRU13. Tetapi janganlah ahli UMNO, pemimpin UMNO percaya walau apa pun yang dilakukan mereka, kerana tidak ada pilihan lain maka UMNO tetap akan menang. Kalau UMNO dipimpin perasuah, parti lawan akan ternampak lebih baik.

14. Justeru itu kembalilah kepada perjuangan UMNO. Ketepikan kepentingan diri. Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua. Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan tanahair dapat diteruskan. Sesungguhnya perjuangan orang Melayu belum selesai. Janganlah anak cucu kita mengutuk kita kerana ketamakan kita memusnahkan masa depan mereka.

Read more...

Saturday, 18 May 2013

Tahniah buat Dato' Seri Mahawangsa Dato Seri Diraja Haji Mahdzir bin Khalid


Selaku rakyat Padang Terap saya amat berbangga dan merakamkan ucapan tahniah buat Dato' Seri Mahawangsa Dato Seri Diraja Haji Mahdzir bin Khalid, Ahli Parlimen Padang Terap merangkap Ketua UMNO Bahagian Padang Terap di atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air. Harapan kami semoga Dato' dapat melaksanakan tanggungjawab & amanah yang diberikan sebaik mungkin.  Dan kami Rakyat Padang Terap amat mengharapkan Daerah Padang Terap dapat ditingkatkan lagi pembangunan di masa akan datang. 

Read more...

KABINET MALAYSIA 2013



PERDANA MENTERI :
Datuk Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI :
Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI :
Menteri:
(1) Datuk Seri Jamil Khir Bin Baharom (UMNO)
(2) Datuk Seri Abdul Wahid Bin Omar (Senator -Berkuat Kuasa 5 Jun 2013)
(3) Senator Datuk Seri Idris Jala (Senator)
(4) Tan Sri Joseph Kurup (PBRS)
(5) Datuk Seri Shahidan Bin Kassim (UMNO)
(6) Nancy Binti Shukri (PBB)
(7) Datuk Joseph Entulu Anak Belaun (PRS)
(8) Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
Timbalan Menteri:
(1) Datuk Razali Bin Ibrahim (UMNO)
(2) Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

MENTERI KEWANGAN :
(1) Menteri Kewangan I:
Datuk Seri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (UMNO)
(2) Menteri Kewangan II:
Datuk Seri Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah (UMNO)
Timbalan Menteri:
(3) Datuk Ahmad Bin Maslan (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGG I :
(1) Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)
(2) Menteri II: Datuk Seri Idris Bin Jusoh (UMNO)
Timbalan Menteri:
(3) Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
(4) Timbalan Menteri II: P. Kamalanathan A/L P.Panchanathan (MIC)

MENTERI PERTAHANAN :
(1) Menteri : Datuk Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Abdul Rahim Bakri (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN :
(1) Menteri : Datuk Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (UMNO) (Memangku)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Ab. Aziz Kaprawi (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI :
(1) Menteri : Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (PBB)

MENTERI KERJA RAYA :
(1) Menteri : Datuk Fadilllah Yusof (PBB)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI :
(1) Menteri : Datuk Seri Mustapa Bin Mohamed (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Hamim Bin Samuri (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI :
(1) Menteri : Datuk Seri Anifah Bin Aman (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Hamzah Bin Zainuddin (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN :
(1) Menteri : Datuk Hasan Bin Malek (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah (Senator) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA :
(1) Menteri : Datuk Seri Ahmad Shabery Bin Cheek (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Jailani Bin Johari (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA :
(1) Menteri : Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Ismail Bin Abd. Muttalib (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH :
(1) Menteri : Datuk Seri Shafie Bin Apdal (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN :
(1) Menteri : Datuk Abdul Rahman Bin Dahlan (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Halimah Binti Mohd Saddique (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN :
(1) Menteri : Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Saravanan A/L Murugan (MIC)

MENTERI KESIHATAN :
(1) Menteri : Datuk Seri Subramaniam (MIC)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Seri Hilmi Bin Yahaya (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN :
(1) Menteri : Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (UMNO)
Timbalan Menteri :
(2) Timbalan Menteri : Datuk Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI :
(1) Menteri : Datuk Seri Douglas Uggah Embas (Pbb)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Noriah Binti Kasnon (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR :
(1) Menteri : Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili (PBS)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Seri Mahawangsa Dato’ Seri Diraja Haji Mahdzir Bin Khalid (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI :
(1) Menteri : Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob (UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Tajuddin Bin Abdul Rahman (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN :
(1) Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz UMNO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Joseph Salang Anak Gandum (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI :
(1) Menteri : Datuk Dr. Ewon Ebin (UPKO)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR :
(1) Menteri : Datuk Seri G. Palanivel (MIC)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Dr. James Dawos Mamit (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT :
(1) Menteri : Datuk Rohani Binti Abdul Karim (PBB)
Timbalan Menteri:
(2) Timbalan Menteri : Datuk Azizah Binti Mohd. Dun (UMNO)


Read more...

Friday, 17 May 2013

Melayu bantu melayu : Membantu bangsa kita sendiri


Sedaya Upaya Setakat yang termampu kita lakukan. Melayu bantu melayu, melayu sokong melayu. Sentimen yang perlu ada dalam diri org melayu "membantu bangsa kita sendiri". Sekurang-kurangnya kalau orang melayu kaya dia membayar zakat, menderma untuk masjid, dan sebagainya, secara tak lansung kita sesama orang melayu islam dapat membantu bangsa dan agama kita. 


Di Kuala Nerang orang cina hanya mengharapkan pasaran dari orang melayu. Sedaya Upaya Setakat kita termampu cuba utamakan kedai orang melayu, banyak kedai melayu seperti Kedai Runcit, Kedai Pomen, Insuran, kedai hardware / pertanian, kedai pakaian, kedai jahitan, kedai kanphone / top up, cyber cafe, stesen minyak, kedai alat tulis / fotostat dan sebagainya. Kuasa di tangan kita, kita yang menentukan. 

Ayuh bangsaku bersama kita bangun membantu agama dan bangsa kita....

Read more...

Thursday, 16 May 2013

Senarai Exco Kerajaan Negeri Kedah 2013

 


1. YAB Dato Paduka Haji Mukhriz Mahathir
- Menteri Besar Kedah
- Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri,Perancang Negeri,
Hal Ehwal Tanah,Sumber Bumi dan Sumber Asli.
- Pengerusi Majlis Tindakan Negeri,Kewangan dan Syarikat Milik Kerajaan Negeri.

2. YB Dato' Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail
- Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan.
- Pengerusi Perdagangan Dalam Negeri.
- Pengerusi Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi.

3. YB Dato Suraya bt Yaacob
- Pengerusi Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat.
- Pengerusi Pertanian dan Asas Tani.
- Pengerusi Pembangunan Usahawan.

4. YB Dato' Hj Tajul Urus Bin Hj Mat Zain
- Pengerusi Jawantankuasa Pendidikan.
- Pengerusi Pengangkutan dan Kerja Raya.

5. YB Hj Badrol Hisham bin Hashim
- Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan.
- Pengerusi Bekalan Air,Sumber Air dan Tenaga.
- Pengerusi Perumahan dan Pembangunan Insan.

6. YB Hj Mohd Rawi Hamid
- Pengerusi Jawatankuasa Agama,Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam.
- Pengerusi Sumber Tenaga Manusia.
- Pengerusi Pelancongan.

7. YB Datuk Mohd Tajudin Abdullah
- Pengerusi Jawatankuasa Penerangan.
- Pengerusi Pembangunan Luar Bandar.
- Pengerusi Pembasmian Kemiskinan.

8. YB Aminuddin bin Omar
- Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan.
- Pengerusi Kesenian,Kebudayaan dan Warisan.
- Pengerusi Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO).

9. YB Datin Sabrina Azizan
- Pengerusi Jawatankuasa Sains,Inovasi dan Teknologi Maklumat.
- Pengerusi Komunikasi dan Teknologi Tinggi.


Tahniah buat YB Haji Badrol Hisham bin Hashim ADUN Kuala Nerang di atas perlantikan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Kami Warga Kuala Nerang amat berbangga di atas kepercayaan Kerajaan Negeri Kedah terhadap kemampuan beliau.


Read more...

Friday, 10 May 2013

Datuk Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah



Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu pada 6 Mei 2013 di Istana Anak Bukit.

Mukhriz, 49, yang merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas merdeka, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Turut hadir dua anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Hadir sama pada majlis itu adalah bapanya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Mukhriz Datin Norzieta Zakaria.


Pada PRU13 Ahad 5 Mei 2013 lalu, BN memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membentuk kerajaan. Sementara itu PAS yang sebelum ini mentadbir kerajaan negeri selepas PRU 2008 hanya berjaya memenangi Sembilan kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masing-masing memperoleh Empat dan Dua kerusi.


Bagi kerusi Parlimen, BN menang di 10 daripada 15 kerusi sementara PAS mendapat satu kerusi dan PKR mendapat empat kerusi. Pada PRU 2008.

Mukhriz menang buat kali pertama di kerusi Parlimen Jerlun dan diangkat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009.

Pada PRU13, Mukhriz memenangi kerusi DUN Ayer Hitam menewaskan Abd Ghani Ahmad daripada PAS dengan majoriti 2,446 undi.

Pada PRU12, beliau memenangi kerusi Parlimen Jerlun dan setelah Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri pada 2009, Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Read more...

Monday, 6 May 2013

Kedudukan Kerusi Dewan Rakyat yang dimenangi


* Sila klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar

Read more...

Kedudukan Kerusi Dewan Undangan Negeri Yang dimenangi (Semua Negeri)




Read more...

Keputusan PRU13 Kawasan Padang Terap, Kedah


Keputusan penuh bergaya buat Barisan Nasional Padang Terap, di mana BN berjaya merampas kembali Kerusi Parlimen P007 Padang Terap dan berjaya mengekalkan 2 kerusi DUN (Pedu & Kuala Nerang).


Tahniah buat Dato' Seri Mahdzir bin Khalid kerana berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Padang Terap dari dakapan PAS. Beliau berjaya memperolehi sebanyak 20 654 undi berbanding Mohd Nasir bin Zakaria yang mendapat 16 212 undi. Majoriti sebanyak 4 442 undi.


Bagi DUN KUALA NERANG, Badrol Hisham Bin Hashim (BN) berjaya memperolehi undian sebanyak 10,363 undi dan berjaya menewaskan Syed Ibrahim Bin Syed Omar (PAS) 8,366 undi & Ahmad Bin Mad.Daud (Bebas) 235 undi. Majoriti undi sebanyak 1997 undi.


Manakala DUN PEDU, Puan Kama Noriah bt Ibrahim (BN) berjaya memperolehi undian sebanyak 10,552 undi dan berjaya menewaskan Zamri bin Yusof (PKR) yang mendapat 7562 undi.  Majoriti Undi adalah sebanyak 2960 undi.




Read more...

Friday, 3 May 2013

Sumpah Laknat Saiful Bukhari di Hadapan Pintu Kaabah

Sumpah Laknat Saiful Bukhari di Hadapan Pintu Kaabah, Masjidil Haram. April 2012


Sumpah lakhnat telah di buat oleh saiful bukhari yang membuktikan bahawa beliau benar-benar diliwat oleh anwarIbrahim.

Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah

Apa yang berlaku sekarang seharusnya boleh membuka mata semua pihak untuk menilai siapakah Anwar Ibrahim.

Adakah Pemimpin seperti Anwar Ibrahim ini yang Penyokong Pakatan Rakyat teruja sangat hendak mengangkatnya jadi pemimpin?

Janganlah kita jadi bodoh dan janganlah kita diperbodohkan lagi oleh manusia kotor & sesat bernama Anwar Ibrahim ini…

Read more...

Friday, 26 April 2013

Negarawan Ulung Tun Dr Mahathir bin Mohamad datang ke Kuala Nerang


Negarawan Ulung Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad hadir ke Pekan Kuala Nerang pada 25 April 2013. Beliau hadir di Majlis Bersama Negarawan Ulung, anjuran Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Padang Terap di Dataran Putra Kuala Nerang. 

Kehadiran Tun Dr Mahathir ke Pekan Kuala Nerang memberi kesan yang sangat besar kepada rakyat khususnya pengundi-pengundi di Padang Terap  terhadap PRU 13 ini. Kehadiran Tun Dr Mahathir ini ibarat memberi suntikan semangat & kekuatan kepada Jentera BN bagi menghadapi PRU13 pada 5 Mei 2013 nanti. 

Tun Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin yang hebat dan terkenal di seluruh dunia khususnya di Negara=negara Islam. Saya sebagai rakyat Malaysia amat bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan seorang pemimpin terbaik dikalangan bangsa Melayu yang beragama Islam bagi memimpin negara Malaysia ke satu tahap yang amat membanggakan.

Segala Jasa dan Sumbangan Tun Dr Mahathir amat disanjungi dan terima kasih kepa Tun kerana sudi Datng ke Pekan Kuala Nerang.


Gambar-gambar ihsan Saudara Jamal Wahab

Read more...

Thursday, 25 April 2013

BIODATA CALON BN P007 PADANG TERAP : MAHDZIR BIN KHALID


YANG BERHORMAT, DATO’ SERI MAHAWANGSA, DATO’ SERI DIRAJA MAHDZIR BIN KHALID.  
SHMS,. SSDK,. DPMP,. JP,. BKM.


Umur               :    53 Tahun
Tempat Lahir  :    Kampung Atong, Mukim Jabi, Pokok Sena, Kedah
Nama Isteri    :    Ybhg. Datin Seri Noraini Binti Abdullah
Anak-Anak      :    4 Orang Anak

ANUGERAH KEBESARAN NEGERI
Februari, 2011      :    ORANG BESAR LAPAN   (DATO’ SERI MAHAWANGSA)
Julai, 2008            :    S.H.M.S – Dato’ Seri Diraja (Dato’ Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah)
Januari, 2008        :    S.S.D.K – Dato’ Seri (Seri Setia Diraja Kedah)
Januari, 2007        :    J.P – (Jaksa Pendamai)
April, 2003            :    D.P.M.P – Dato’      (Dato’ Paduka Mahkota Perak)
1996                       :    B.K.M – Bakti Khidmat Masyarakat

PENDIDIKAN
Sekolah Rendah            :    Sek. Keb. Jabi, Pokok Sena, Kedah
Sekolah Menengah       :   i) Sek. Men. Pokok Sena, Kedah
                                           ii)  Sek. Men. Dato’ Syed Omar, Alor Setar, Kedah
Pendidikan Tinggi        :    Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
                                           (B.A (Hons) Jurusan Pendidikan)

KERJAYA SEMASA

1)    Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (N.8 DUN Pedu)
2)    Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
3)    Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
4)    Pengerusi MADA Negeri Kedah Darul Aman
5)    Ketua UMNO Bahagian Padang Terap

LAIN-LAIN
1)    Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen Padang Terap
2)    Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi)
3)    Pengerusi Nadi Kawasan DUN Pedu (Kementerian Pembangunan Wanita)

PENGALAMAN KERJAYA

1984 – 1990 :
Pegawai Pendidikan

1990 – 1993 : 
Pengetua, Sek. Men. Kebangsaan Gadong, Beaufort, Sabah

1993 – 1996 :
Pegawai Khas Kepada Yab. Menteri Besar Kedah (Tan Sri Osman Aroff)

1998 – 2000 :
Pengarah Seranta, Kementerian Tanah & Pembangunan Koperasi Malaysia

2000 – 2004 : 
Setiausaha Politik Kepada YAB. Timbalan Perdana Menteri Malaysia
(YAB. Dato’ Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi)

2004 – Semasa :
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN Pedu)

2004 – 2005 : 
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
(Portfolio: Pertanian, Pembangunan Luar Bandar & Pembangunan Koperasi)

2004 – 2008 :
Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap

17.07.2005 - 27.12.2005 :
Pemangku Menteri Besar Kedah (Dato’ Seri Syed Razak Bin Syed Zain)    

28.12.2005 - 31.03.2008 :
Menteri Besar Kedah Darul Aman Yg Ke-8
(Portfolio: Kewangan, Hal Ehwal Tanah & Pertanian Dan Industri Asas Tani)

2006 – 2009 :
Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah

2006 – 2009 :
Pengerusi Keda, Kedah Darul Aman

2008 – Semasa :
 Ketua Umno Bahagian Padang Terap

2006 – Semasa :
Pengerusi Mada, Kedah Darul Aman

2008 – Semasa :   
Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia

2008 – Semasa : 
Timbalan Pengerusi Penggalakan Pelancongan Malaysia
(Kementerian Pelancongan Malaysia)

Ayuh pengundi di Padang Terap, jom kita pakat-pakat keluar menunaikan tanggungjawab anda pada 5 Mei 2013 nanti. Buat pilihan bijak, pilihlah Parti yang mampu membela Nasib Bangsa, Kesucian Islam, Kedaulatan Raja-raja Melayu & Keamanan dan Kemajuan Malaysia.

UNDILAH BARISAN NASIONAL


Read more...

About This Blog

Total Pageviews

Lorem Ipsum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About

My Photo
Jemari Kasturi
View my complete profile

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP