Powered by Blogger.

...

...

Saturday 12 September 2015

Cerita dari WhatApp : Agenda DAP

Ini antara strategi yg sedang dan akan dibuat DAP utk menguasai kita. Segala perbincangan ini adlh dlm mesyuarat CC DAP Pusat 3 hari lepas di ibupejabat DAP.

DAP berazam utk menang dlm PRU14. Utk menang DAP perlu lakukan beberapa strategi :

1. Hancurkan perpaduan antara org Melayu sebab kalau Melayu bersatu hati mereka akan kalah. DAP telah berjaya pecahkan PAS. UMNO perlu dihentam bersungguh2 dgn apa cara sekalipun kerana kekuatan BN ialah UMNO. DAP perlu sokong Parti Amanah Negara (PAN) sepenuhnya kerana hanya PAN sbg alternatif utk sokongan Melayu. PKR kini sudah tidak lagi popular dikalangan org Melayu.

2. 1MDB berperanan membantu bumiputera dlm perniagaan dlm skala besar spt PETRONAS yg banyak membantu kerajaan dan org2 Melayu. Jika 1MDB berjaya membantu meningkatkan perniagaan bumiputera menjadi pesaing kpd kaum Cina maka 1MDB mesti dihancurkan dgn apa cara sekalipun dan persepsi negatif harus selalu dimainkan supaya rakyat tidak akan percaya kpd 1MDB dan apa jua yg kerajaan BN lakukan. Pemimpin2 BN harus dilabel sbg korupsi dan penipu.

3. DAP perlu merekrut sramai mungkin pemimpin pelapis muda Melayu bagi menghancurkan pimpinan utama UMNO khasnya PM sampai berjaya dgn memburuk/ memfitnah/menaikan kebencian dan perbagai cara secara besaran. Siri BERSIH perlu diteruskan dan slogan ABU - "Asal Bukan UMNO" perlu dimainkan sentiasa dlm media sosial supaya rakyat khasnya generasi muda terus membenci kerajaan BN. BERSIH 4 tidak berjaya apabila majoriti yg turun adalah kaum Cina. Perlu adakan lagi BERSIH 5 utk tarik org2 Melayu pula.

4. DAP perlu berusaha utk pecahkan hubungan UMNO dgn parti komponen dlm BN supaya bila PRU14 mereka boleh menang. Segala isu dan cerita sensasi perlu dibuat supaya kesepakatan dlm BN akan hancur. MCA dan MIC sudah berpecah teruk dan tidak kuat lagi. Itu mileage utk DAP tarik mereka yg kecewa utk bersama DAP.

5. Dana 2.6 bilion adalah sumbangan drpd Putra Al-Waled, putera Arab Saudi yg menderma USD120 bilion kpd negara2 Islam seluruh dunia termasuk Malaysia. Ianya amat bahaya kerana apabila UMNO ada dana lain maka kebergantungan kpd taukeh2 kaum Cina tiada lagi dan amat susah utk kita menguasai pemimpin2 Melayu lagi. 

6. GST amat bahaya dlm jangka panjang kpd perniagaan org Cina kerana melalui sistem GST maka kerajaan akan dpt tahu keuntungan sebenar dan detail perniagaan kita. Kita tak boleh lari lagi drp cukai. Oleh itu kita perlu galakkan org2 kita supaya naikkan harga barang semaksima supaya rakyat akan marah kpd GST ini. Taukeh Melayu spt Syed Mokhtar al-Bukhary perlu dihancurkan. Barangan keluaran Bumiputera perlu diburukkan. Amat bahaya juga apabila isu Low Yatt telah alihkan kepercayaan ramai kpd kaum Cina.

Read more...

Wednesday 9 September 2015

Kontrak Sosial (Cerita dari Whatapp)

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan.
Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka...Jom Terjah!

Tan Sri : Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan : Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri : Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan : Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri : Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan : Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri : ............ ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 58...

Hebahkan kepada anak cucu, saudara mara, sahabat handai dan siapa saja BANGSA MELAYU berkenaan hak kita agar semua sedar. Asas Perlembagaan Tanah Melayu Malaysia yang kita perlu tahu. Kontrak sosial diasaskan dari 5 hak orang Melayu dan dari situ Perlembagaan Malaysia digubal:
1. Raja Berpelembagaan
2. Agama Islam
3. Bahasa Melayu
4. Hak Istimewa Orang Melayu
5. Kerakyatan

Dari 5 ini orang Melayu berkongsi syarat ke 5 dengan orang Cina dan India. Semasa kontrak sosial dibincang antara kaum Melayu, Cina dan India, British menawarkan kepada kaum Cina dan India sekiranya mereka tidak setuju dengan kontrak tersebut mereka diberi 2 pilihan iaitu:
1. Pulang kenegara asal
2. Berpindah ke negara Asia dibawah jajahan British.
Jadi sekiranya hak istimewa orang Melayu dipertikai, Agama Islam dihina, institusi Di Raja tidak dihormati, bahasa Melayu dipijak ertinya mereka telah melanggar syarat2 tersebut dan seharusnya Kontrak Sosial itu boleh dibatalkan. Bangsa Melayu punya hak untuk keluarkan mereka dari Negara Malaysia...

Read more...

About This Blog

Total Pageviews

Lorem Ipsum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About

My Photo
Jemari Kasturi
View my complete profile

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP